≡ Menu

Cuepacs. Pendapatan Gaji Penjawat Awam Rendah. Ramai Keluarga Sewa Bilik di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Bintulu Sarawak. Anda Pula?


Cuepacs. Pendapatan Gaji Penjawat Awam Rendah. Ramai Keluarga Sewa Bilik di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Bintulu Sarawak. Anda Pula?

Realitinya sekarang ini, penyelesaian sentiasa terbuka kepada kalangan yang tercari-cari tempat dan ruang untuk tinggal di tengah-tengah bandaraya yang semakin besar di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur.

Sewa Bilik penjawat awamSewa rumah di Kl semakin mahal, solusinya ramai yang memilih untuk tinggal dan sewa bilik di Kl, Johor Bahru dan juga di Pulau Pinang contohnya semata-mata tidak snaggup berhadapan dengan komitmen bulanan yang cukup tinggi termasuklah bulanan sewa rumah. Beli rumah pertama, jauh sekali.

BACA SINI BERKAITAN : Kenaikan Elaun Imbuhan Tetap Perumahan Naik (ITP) Penjawat Awam 2015? Kali Terakhir Semak 2005!

Ini semua dek kerana bahang dan lonjakan harga rumah Malaysia terutamanya di bandar-bandar besar “tidak menoleh kebelakang lagi” meninggalkan gologan “yang tidak berkemampuan ini”

Cuepacs : Harga Rumah dan Sewa Rumah di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Bintulu Sarawak Semakin Mahal!

Berita terkini daripada Cuepacs yang ditugaskan membela sejumlah 1.6 juta penjawat awam di Malaysia melahirkan rasa kebimbangan mereka dengan situasi kakitangan awam hari ini menunjukkan terdapat ramai keluarga yang terpaksa tinggal satu rumah 3 keluarga de kerana masing-masing memilih untuk sewa bilik di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Penang dan tidak lupa juga Bintulu Sarawak terutamanya melibatkan kakitangan kerajaan yang ada pangkat rendah di bandar-bandar besar speerti ini termasuklah :

  1. pembantu pejabat
  2. pembantu am iaitu kelompok kakitangan awam yang terendah
  3. pangkat Gred 11 (G11)
  4. gaji pokok mereka sekitar RM805 dan RM820 setiap bulan dicampur dengan elaun sara hidup (Cola) sebanyak RM300 dan perumahan RM180, gaji kasar secara bulanan yang mereka perolehi sekitar RM1,285 dan RM1,300.

Jadi Cuepacs Malaysia teruk mendesak kerajaan Malaysia supaya :

  1. mengumumkan kenaikan gaji naik 10% 2015 di Malaysia
  2. semakan elaun Cola, perumahan, perjalanan dan daerah

Ini supaya diharap dapat bagi mengurangkan beban sara hidup di Malaysia pada ketika ini.

Berita Semasa merasakan adalah lebih baik diturunkan harga rumah pada kadar-kadar yang mampu milik yang benar-benar dekat dengan kemampuan sebenar kalangan kakitangan awam yang berpendapatan rendah berbanding mengumumkan kenaikan gaji naik semata. Ini kerana akhirnya nanti, kita akan hanya mendengar pengumuman penyelesaian naikkan kadar yang boleh pinjam, “which does not solve the real issue and problem”. Berhutang lebih lama sahaja sangatlah tidak elok.

  1. Perbanyakan kuarters kerajaan
  2. Agihkan kepada kumpulan sasar yang benar-benar layak

Apa kata anda dengan realitinya rakan-rakan dan rakan sepejabat anda yang tinggal sewa bilik pada ketika ini? Ada cadangan penyelesaian yang lebih baik?