≡ Menu

Contoh Soalan Temuduga Polis Diraja Malaysia PDRM


Contoh Soalan Temuduga Polis Diraja Malaysia e pengambilan pdrm.

Atas permintaan ramai, ini khas untuk kalangan yang bakal menghadiri sesi interview polis.

contoh soalan temuduga polis

Jangan buat main-main untuk persediaan rapi sebelum memberikan jawapan soalan temuduga polis yang diajukan kepada anda. Perlu bersedia daripada segi fizikal dan mental. Mesti berkeyakinan.

Anda akan berhadapan dengan panel penemuduga temudga polis yang ada pangkat tinggi dalam organisasi Polis Diraja Malaysia daripada kalangan 3 panel yang di hadapan anda kelak.

  • KLIK SINI : Soalan MIT

Koleksi Contoh Soalan Temuduga Polis Yang Lazim Ditanya


1. Anda akan ditanya berkenaan perihal diri dan latarbelakang anda

2. Mesti ambil tahu punca tertubuhnya IS. Kesan kewujudan Islamic State memberikan kesan kepada negara dan masyarakat. Tidak lupa juga ancaman Daesh yang turut popular pada ketika ini

3. Apa yang anda tahu pasal 1MDB? Pendapat anda dengan kewujudan 1MDB?

4. Apa itu ESSCOM? Kesan tertubuhnya ESSCOM kepada keselamatan negara?

5. Mengapa anda berminat untuk menjadi anggota Polis Diraja Malaysia PDRM

6. Mesti ambil tahu menganai turuttan Rukun Negara, Rukun Iman dan tidak lupa Rukun Islam

7. Polis Diraja Malaysia PDM ada banyak unit ataupun jabatan. Jadi mesti ambil tahu kesemuanya. Ini kerana mereka akan bertanyakan unit yang terpilih untuk anda menjelaskan kepada mereka dengan yakin apakah misi, visi dan siapa pengarah bagi jabatan berkenaan

8. Siapa nama Ketua Polis Negara KPN yang terkini dana sekarang ini? Berapa lama tempoh beliau akan memegang jawatan tersebut?

9. Apa pendapat anda mengenai gejala rasuah di Malaysia? Bagaimana dan apakah mekanisme yang sesuai bagi menyelesaikan isu dan gejala rasuah di Malaysia?

10. Apa yang anda faham mengenai INTEGRITI?

11. Anda mesti hadam deretan tanda pangkat yang ada dalam Polis Diraja Malaysia?

12. Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia yang sekarang ini? Tidak boleh silap

13. Berapa jumlah Ketua Menteri dan menteri Besar yang ada di Malaysia?

14. Dengan kelulusan dalam bidang yang anda perolehi,  apakah sumbangan dan kepakaran yang boleh anda berikan untuk disesuaikan dalam unit Polis Diraja Malaysia PDRM untuk tujuan penambaikan?