≡ Menu

Kadar Caruman KWSP Baru : Kenaikan Simpanan Persaraan Pekerja


Kadar Caruman KWSP Baru Majikan Bermula Januari dan Kenaikan Simpanan Persaraan Pekerja

Ini dinamakan teknik serampang dua mata. Kadar caruman KWSP yang baru melibatkan majikan dalam pada masa yang sama simpanan persaraan akan turut bertambah.

caruman kwsp

Akhirnya, kantung KWSP akan terus meningkat dan “sihat” semula.

Antara Isi Penting Dengan Dasar Baru Kadar Caruman KWSP

  • Dengan dasar baru ini, 5.3 juta rakyat Malaysia yang bekerja, 92 peratus daripadanya adalah ahli aktif KWSP akan mendapat manfaatnya berdasarkan pengumuman pembentangan Bajet
  • Pekerja berumur 55 tahun dan ke atas yang menerima gaji tidak melebihi RM5,000 turut sama mendapat manfaat apabila majikan anda diwajibkan mencarum 6.5 peratus atau tambahan 0.5 peratus daripada kadar semasa 6 peratus manakala pekerja terus mencarum pada kadar 5.5 peratus.
  • Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menerima gaji bulanan sehingga RM5,000 sahaja yang terlibat untuk menerima kenaikan simpanan persaraan
  • Kadar caruman KWSP pekerja, masih lagi kekal pada kadar 11 peratus. Tidak berubah.
  • Tetapi…..kadar caruman berkanun bahagian majikan dinaikkan kepada 13 peratus berkuatkuasa Januari 2012
  • Kalau sebelum ini
  • Sebab dasar ini dibuat kata KWSP adalah untuk membantu pesara yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua,  kadar inflasi semakin meningkat dan bertambahnya jangka hayat rakyat Malaysia

Seperti yang kami katakan di atas tadi :

  • 1 segi nampak kebaikan sebab masa pencen dapat duit banyak berbanding sebelumnya
  • 1 sudut lain, semestinya nak penuhkan semula kantung EPF yang dah menyusut

Sekurang-kurangnya ada peningkatan simpanan di hari tua. Cuma dinasihatkan anda sebagai pekerja semak betul atau tidak syarikat potong KWSP . Sebab banyak kes yang kedengaran telah ditipu. Jadi hati-hati.