≡ Menu

4 Sebab Bubar Parlimen Hari ini Pada Tahun 2018


Bubar Parlimen Hari Ini? Bersediakah Anda, Menghadapi PilihanRaya Umum Ke 14?

Sebelum ini, sudah ada cakap-cakap mengatakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak bakal bubur parlimen Malaysia pada tahun ini. Betulkah?

bubar parlimen hari ini

Spekulasi semakin kuat kedengaran ketika ini, daripada pelbagai sumber yang mendakwa, Datuk Seri Najib akan mengumumkan bubar parlimen berkuatkuasa hari ini….

Samada betul atau tidak, benar atau hanya andaian dan spekulasi lemah semata daripada kalangan sumber-sumber rapat yang ada, kita nantikan sahaja pengumuman rasmi Datuk Seri Najib pada hari ini.

Ramalan Bubar Parlimen Hari Ini

Kenapa ada yang membuat andaian Datuk Seri Najib bakal bubar parlimen pada awal tahun 2018? Ada sebabnya….

  1. Kerana tidak mahu membiarkan pembangkang terus kuat jikalau terus diberikan mereka menyelesaikan masalah dikalangan mereka
  2. Tekanan di pihak antarabangsa dengan skandal 1MDB yang terus hangat diperkatakan
  3. Bagi mengelakkan pertembungan dengan Anwar Ibrahim yang bakal dibebaskan pada pertengahan tahun 2018
  4. Ada lagi yang anda mahu tambah?

Walaubagaimanapun bagi kami, sumber-sumber berdasarkan rujukan sebegitu, kami kurang ambil pusing untuk menafsir angka itu bagus atau tidak, lebih-lebih lagi soal-soal yang melibatkan pengumuman penting sebegini tidak boleh dipandang remeh. Pelbagai aspek perlu diambil kira oleh Perdana Menteri.

Tetapi…..ada tetapinya, kami percaya pilihanraya umum ke 14 akan dilaksanakan tidak lama sahaja lagi, sudah semakin hampir. Gelombang pilihanraya umum ke 14 kami sudah dapat rasakan sekarang ini berdasarkan trend-trend yang kami lihat pada pilihanraya umum sebelum ini.

Samada parlimen dibubar hari ini oleh Najib razak atau mungkin minggu hadapan atau mungkin bulan hadapan atau bila-bila masa daripada sekarang, hanya Perdana Menteri Malaysia yang mengetahuinya bila tarikh bubar parlimen yang sebenar-benarnya.

Kalau Datuk Seri Najib Razak nak bubar parlimen hari ini pun secara mengejut tidak mustahil. Sebabnya pernah berlaku, iaitu pada tahun 2008 di mana Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah melakukannya (Perdana Menteri Ke 5) di mana pembubaran dibuat secara mengejut pada tanggal 13 Februari 2008 tepat jam 12:30 tengahari walaupun menafikannya berkali-kali sebelumnya. Masih ingat lagi?

P/S : Walaubagaimanapun, kami berharap semua pembaca Berita Semasa yang belum mendaftar sebagai pengundi, jalankan tanggungjawab anda. Soal parti mana yang menjadi pilihan anda, bukan tugas kami dan itu hak anda. Tetapi yang penting sekali, “wujudkan” hak anda dengan daftar sebagai pengundi terlebih dahulu.