Borang nikah online Permohonan Kebenaran Kahwin Online
Sesuai dengan ledakan dan kemajuan teknologi maklumat hari ini, pebagai kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi kerajaan hari ini ditambahbaik.

Berita baik kepada anda semua yang sedang berkira-kira untuk daftar permohonan nikah untuk berkahwin tidak lama sahaja lagi. Satu portal yang dinamakan portal Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia SPPIM oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM telah pun dibangunkan bertujuan memudahkan anda daftar permohonan borang nikah online dan kahwin online.
Mudah! Semuanya dihujung jari sekarang ini. Buat masa ini sistem borang nikah online ini hanya tertumpu kepada beberapa negeri sahaja iaitu negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Perlis, Perak dan juga Wilayah Persekutuan Kuaa Lumpur dan Labuan.
Berita Semasa dimaklumkan yang mana Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia SPPIM akan ditawarkan ke negeri lain. Mungkin bagi negeri di Selangor, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak anda hanya menunggu sahaja pengumuman rasmi selepas ini.
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Pautannya
Daftar permohonan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia,KLIK SINI
Cara Panduan dan Soalan Lazim,KLIK SINI
[/table]
Syarat Kelayakan guna Borang Nikah Online Kahwin?
Semak senarai syarat kelayakan yang telah pun ditetapkan untuk cuba pakai sistem online ini :
- Pastikan kedua-dua pasangan, ataupun salah seorang daripada pasangan ataupun lokasi dan tempat nikah di Negeri Sembilan, Melaka, Kedah, Perlis, Perak dan juga Wilayah Persekutuan Kuaa Lumpur dan Labuan.
- Samada pasangan lelaki atau pasangan wanita isi permohonan borang nikah online ini
- Pasangan lelaki perlu mendapat kebenaran dari Pejabat Agama Islam Daerah terlebih dahulu bagi membolehkan pasangan perempuan memohon kebenaran dan kelulusan pula
- Tarikh kahwin anda mestilah tidak lebih 90 hari dari tarikh permohonan
- Anda mestilah pastikan yang anda sudah sedia maklum mengenai kariah anda
Pastikan anda tidak tertinggal untuk bawa bersama dokumen yang diperlukan yang perlu disahkan wali (bagi pengantin perempuan) dan lain lain lagi. Anda boleh lihat sendiri nanti di akhir permohonan online itu nanti.- Anda perlu hadir ke Pejabat Agama Islam daerah dalam tempoh masa 14 hari selepas permohonan online dilakukan. Jika slepeas daripada itu sistem akan menghapuskan permohonan anda