Borang Cuti Kuarantin : Untuk Anak Anda Kena Demam Campak, Denggi, penyakit kaki tangan dan mulut, Chickenpox, Malaria
Pekeliling Perkhidmatan ini adalah bertujuan pelaksanaan keputusan Kerajaan berkaitan dengan kemudahan borang Cuti Kuarantin kepada pegawai Persekutuan Awam Persekutuan Penguatkuasaan.

Pekeliling Perkhidmatan bermula pada 1 Januari 2017.
Di bawah Perintah Am 24 Bab C (Cuti), telah disediakan peruntukan kemudahan borang Cuti Kuarantin kepada pegawai yang dalam perjalanan balik ke Malaysia dari luar negara yang ditahan.
Contohnya, ditahan di mana-mana stesen kuarantin oleh pihak berkuasa kesihatan lapangan terbang atau pelabuhan yang berkaitan.
Wabak penyakit berjangkit yang berlaku atau pengurungan pegawai di rumahnya oleh mana-mana kuasa kesihatan disebabkan oleh wabak penyakit berjangkit. Cuti bergaji penuh sepanjang tempoh kuarantin adalah layak diberikan kepada pegawai yang diberi perintah kuarantin selaras dengan peraturan dan ketetapan yang ada.
Kemudahan ini ditawarkan kepada penjawat awam dan pekerja swasta selaras dengan keprihatinan kepada institusi kekeluargaan dalam konteks penjagaan kesihatan anak.
Dapatkan Borang Cuti Kuarantin Sekarang
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Download Borang cuti Kuarantin,KLIK SINI
[/table]
Cuti Kuarantin : Syarat Kelayakan Untuk Lulus Permohonan
- Kemudahan Cuti Kuarantin untuk menjaga anak sakit akan diberikan sekiranya mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta telah memperakukan mana-mana anak pegawai bahawa anak tersebut perlu dikuarantin kerana penyakit berjangkit.
- Kemudahan Cuti Kuarantin yang layak diberikan kepada pegawai adalah ibu dan bapa yang sah.
- Anak yang dimaksudkan adalah termasuk anak kandung, anak angkat de facto;, anak tiri tanggungan, anak angkat; dan anak pelihara
Cara Bagaimana Cuti Kuarantin Diberikan
Mekanisme Pemberian kemudahan ini kepada pegawai adalah seperti berikut :
a) Bagi setiap kes, kelulusan hanya boleh diberikan pada tempoh yang terhad kepada maksimum lima (5) hari atau selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari kelepasan mingguan, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am; dan
b) dengan syarat anak yang dikuarantin adalah :
- berumur di bawah 18 tahun atau 21 tahun jika masih belajar; dan
- tidak mengira apa jua umurnya dan yang cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal dan tidak mempunyai upaya untuk menanggung dirinya sendiri, dengan syarat hilang upaya dari segi jasmani dan secara kekal atau cacat otak sebelum anak itu mencapai umur 21 tahun.
Lampiran A : Senarai Penyakit Berjangkit Yang DiBenarkan Mohon Borang Cuti Kuarantin
- Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah
- Chickenpox
- Malaria
- Campak (Measles)
- Difteria
- Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut [Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD)]
Nota : Jenis penyakit berjangkit yang dinyatakan di atas adalah tertakhluk kepada pindaannya atau tambahan dari semasa ke semasa.