≡ Menu

Bonus Pulau Pinang : Minimun RM 600 Bagi Kakitangan Awam


Bonus Pulau Pinang : Minimun RM 600 Bagi Kakitangan Awam

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian bonus pulau pinang pada kadar minimum RM600 untuk kakitangan awam negeri itu.

bonus pulau pinang

Kira-kira 7,800 kakitangan awam daripada badan berkanun, majlis tempatan dan jabatan kerajaan di Pulau Pinang, akan menerima bonus tersebut.

Laporan berita mypt3 mengenai pengumuman bonus penjawat awam di Malaysia

Lim berkata guru Kafa (al-Quran dan Fardhu Ain) pula akan dibayar minimum RM300 duit raya.

Menurutnya, jumlah tersebut adalah bersamaan dengan setengah bulan bonus bagi mereka yang berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan. (Mereka yang bergaji lebih, akan mendapatkan bonus yang lebih tinggi.)

Bonus Pulau Pinang Sempena Raya

Kerajaan negeri itu akan membelanjakan kira-kira RM3 juta untuk bayaran bonus, kata Lim, yang juga setiausaha agung DAP. Ini berikutan pengumuman kerajaan persekutuan dua hari lalu bahawa kakitangan awam akan mendapat minimum RM500 ‘duit raya’.

Kepada penjawat awam di Pulau Pinang, tahniah kami ucapkan pada anda dengan pengumuman bonus kakitangan awam ini.

Semoga kuranglah beban sikit untuk membuat persiapan sebelum Hari Raya Puasa ini.