≡ Menu

Bajet 2018 : Tiada Lagi Bonus Dua Bulan Gaji Penjawat Awam


Bajet Malaysia. Bonus Dua Bulan Gaji Penjawat Awam. Cuepacs Berikan 2 Sebab Kerajaan Malaysia Mesti Bagi!

Terus terang Berita Semasa katakan, servis di kebanyakan sektor kerajaan semakin bertambah baik daripada bulan ke bulan dan daripada tahun ke tahun. Contohnya, di Klinik Kerajaan. Daripada…

bonus dua bulan

Daripada zaman hanya menggunakan kipas siling, kerusi tempat duduk menunggu patah, tiada kemudahan TV disediakan, kakitangan klinik kerajaan tidak pernah cukup sehinggalah sekarang ini zaman klinik kerajaan kerajaan sudah pun menggunakan penghawa dingin, sambil menunggu boleh menonton televisyen, sistem angka giliran bertambah baik, servis daripada kakitangan kerajaan juga bertambah baik.

Seiring dengan penambaikan kemudahan yang disediakan, Cuepacs seperti biasa masih tidak pernah kenal erti putus asa bagi menuntut hak mereka bagi membolehkan anda yang terdiri daripada 1.6 juta kakitangan awam menikmati Bajet 2017 bonus dua bulan gaji.

Bagi mypt3.com kakitangan awam kerajaan sememangnya berhak menikmati Bajet bonus penjawat awam daripada kerajaan Malaysia.

Ya…..akan ada cakap-cakap yang mengatakan ramai penjawat awam pemalas, suka curi tulang dan sikap buruk yang diberikan contoh.

Tetapi hakikatnya, mereka-mereka itu adalah kumpulan minoriti. Yang majoriti kakitangan awam inilah yang berusaha keras meningkatkan produktiviti di sektor kerajaan.

Oleh itu sesuai dengan pembentangan Bajet 2017 Malaysia kali ini yang bakal berlangsung tidak lama lagi, Cuepacs Malaysia mahukan kerajaan Malaysia menganugerahkan kepada 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia Bajet 2017 bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam

Bonus Dua Bulan Gaji : Faktor Permintaan Cuepacs Bajet 2017

Ini kenyataan yang dikeluarkan Cuepacs Malaysia

  1. Hutang isi rumah dikalangan penjawat awam sangat membebankan mereka hari ini
  2. Tanggungan anak yang ramai
  3. Berlakunya kenaikan indeks penunjuk prestasi (KPI) sektor awam yang menunjukkan peningkatan

Cuepacs Malaysia merasakan kerajaan Malaysia patut memberikan Bajet 2017 bonus 2 bulan gaji kepada kakitangan awam, kerana dilihat berhak dengan sumbangan besar yang diberikan oleh penjawat awam sekarang ini kepada negara

Apatah lagi melihatkan kali terakhir penambaikan gaji kakitangan awam hanya berlkau pada zaman mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mana berlaku kenaikan gaji naik sejumlah 30 peratus. Selepas daripada kenaikan gaji naik penjawat awam dilihat “ala kadar sahaja” dan “melapaskan batuk ditangga” sahaja.

Elaun rumah masih ditakuk lama. Apatah lagi dengan kehadiran gelombang GST 6 peratus yang menimpa rakyat Malaysia hari ini. Sekurang-kurangnya pemintaan Cuepacs Malaysia pada masa sekarang ini bagi Bajet 2017 bonus dua bulan gaji dilihat agak munasabah.

Apa respon anda pula?