≡ Menu

Ringgit Malaysia Hari Ini US$1 = RM3.49). Rizab Antarabangsa Malaysia oleh BNM US$134.9 Bilion Jatuh Kepada US$120.7 Bilion

Ringgit Malaysia Hari Ini 1USd1 = RM3.49). Rizab Antarabangsa Malaysia oleh BNM Malaysia US$134.9 Bilion Jatuh Kepada US$120.7 Bilion.

Malaysia terus “menerima pukulan teruk” secara berterusan selepas ringgit Malaysia terus didagangkan cukup lemah pada ketika ini, malah yang paling teruk di Asia Tenggara kesannya pada kedudukan sekarang meletakkan Ringgit Malaysia (1 USD to MYR) berada yang paling lemah sejak September 2009.

bnm malaysia

Dan dalam keadaan ini telah menyebabkan akan timbul 2 kebimbangan kepada negara sekarang ini. Yang pertamanya….

  • Yang pertamanya adalah akaun semasa terjejas
  • Yang keduanya defisit fiskal

Dan semakan Berita Semasa kepada data rasmi yang dikeluarkan sendiri oleh BNM Malaysia (menunjukkan di sini kantung Rizab Antarabangsa Negara Malaysia telah jatuh mendadak daripada US$125.7 bilion dan US$120.7 bilion bagi suku ketiga tahun 2014 ini)

Bagaimana pula pada Disember 2014? Sama-sama kita nantikan….

Rizab Antarabangsa Negara Malaysia oleh BNM Malaysia “Hilang” Rm47.6 Bilion?

Pemerhatian Berita Semasa terhadap tahap rizab BNM Malaysia terus jatuh sejak dari Januari 2014 :

  • 31 September 2013 : US$136.5 bilion bersamaan RM444.6 pada masa itu
  • 31 Disember 2013 2014 :US$121.9 bilion bernilai RM441.7 bilion
  • 15 Ogos 2014 : US$120.2 bilion berjumlah RM422.7 bilion
  • 31 September 2014 (suku Ketiga 2014) : US$120.7 bilion hanya bernilai RM394.1 bilion
  • Suku keempat tahun 2014 dalam keadaan nilai Ringgit Malaysia jatuh teruk di mana untuk bulan Disember 2014 ini sahaja ringgit Malaysia telah jatuh sebanyak 3.3 peratus?

Beberapa penganalisis ekonomi telah memberikan pendapat mengenai keadaan Ringgit Malaysia pada ketika ini :

  • Penganalisis Standard & Poor, Ritesh Maheshwari : Kejatuhan harga minyak dunia, Malaysia paling terjejas teruk di rantau ini
  • Pakar ekonomi Mizuho Corporate Bank Ltd., Vishnu Varathan : Ringgit Malaysia berada dalam keadaan yang berisiko untuk tempoh yang panjang. Rizab Bank Negara Malaysia pun tidak akan banyak membantu

P/S : Sama-sama kita mengharapkan ada sinar yang lebih baik untuk tahun 2015 kelak. Insyaallah. Rakyat bersedia untuk berubah gaya hidup pada tahun 2015. Diharap pemimpin di atas turut mengikut jejak langkah yang sama.

PP/S : Biar sama-sama kita berkorban demi negara, bagi mengelakkan lebih ramai yang akan “terkorban” kelak menjelang bahang kos sara hidup 2015 kelak.