Biodata Ustaz Azhar Idrus Terkenal Kerana Video Ceramah?

Siapa Ustaz Azhar Idrus ini? Sebelum ini boleh katakan minta orang ramai terutamanya anak muda untuk datang ke masjid atau majlis-majlis boleh dikatakan agak liat.
Tetapi kehadiran beliau telah mengubah corak dan suasana dalam majlis ilmu dan majlis ceramah yang diadakan sehingga telah menarik kalangan anak muda-muda untuk menyertainya.
Pendekatan yang santai, menggunakan bahasa yag mudah untuk difahami ditambah diselangi dengan lawak jenaka menyebabkan semakin hari ceramah ustaz Azhar Idrus mempunyai peminat dan pengiutnya tersendiri
Semak Biodata Ustaz Azhar Idrus
Nama Penuh : Azhar Bin Idrus
Nama Panggilan : Ustaz Azhar Idrus
Alamah Rumah : Akan dikemaskini
Caj Bayaran Ceramah : Tidak diketahui
Tarikh lahir : 12 Februari 1964
Tempat lahir : Kampung Ladang, Kuala Terengganu
Negeri Kelahiran : Terengganu
Bilangan Anak : 7 orang
Bilangan Isteri : 3 orang
Nama Isteri :
- Isteri Pertama : Rogayah Binti sulong
- Isteri Kedua: Wan Halimatun Nisa’ Binti Wan Mohd Nor
- Isteri Ketiga : Izyan
Laman web rasmi
- Portal rasmi : http://ustazazhar.net/
- Portal fotografi di http://www.digitalmukmin.com/.
Sekolah Rendah : Sekolah Rendah Hj Mohd Sharif, Alor Star, Keda
Sekolah Menengah :
- Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman, Alor Star, Kedah
- Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia
Pekerjaan : Pendakwah dan Penceramah Agama
Filem : Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang!
Senarai buku agama tullisan Ustaz Azhar Idrus :
- Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Umat
- Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa
Kemahiran dan Hobi Sebelum ini :
- berbasikal
- guru muzik
- pemain gitar
- jurugambar
- mencanting batik
- artis grafik
Pendidikan Agama dan Tok Guru Beliau :
- Tuan Guru Hj Syed Mokhtar; (40 buah kitab-kitab jawi secara talaqi)
- Tuan Guru Mohd Tahir (Khatam kitab jawi juga lebih kurang 26 tahun)
- Tuan Guru Mohd Hakim (Nahu, Sorof, Usul Fiqh, Mustolah Hadith, Usul Quran dan Balaghoh)
- Tuan Guru Hj Hasyim (Nahwu, Sorof, Fiqah, Tafsir dan Faraidh)
- Tuan Guru Hj Ibrahim Mesir (Sirah Nabawi dan Lughah Arabiyah)
- Tuan Guru Hj Muhammad Zubir (ilmu Fiqh & Nahu)
- Tuan Guru Hj Mohd Zain (Pondok Lubuk Pandan, Wakaf Tapai – ilmu Fiqh, Nahwu, Sorof, Tafsir dan Balahgoh).