Biodata Siti Nurhaliza. Artis Terkaya di Malaysia
Siapa yang tidak kenal artis yang paling popular dan terkenal di Malaysia.

Menjadi artis kesayangan rakyat Malaysia, kalangan VVIP sehingga kalangan kerabat dan raja di Malaysia. Lahir dari kalangan keluarga yang boleh dikatakan agak sukar kehidupan, tidak sesenang yang disangkakan.
Tetapi itu semua yang memberikan pengalaman dan kecekalan untuk Siti Nurhaliza berjaya sehingga ke hari ini.
Daripada seorang yang pernah mencipta kejayaan sebagai Juara HMI anjuran RTM, berjaya merangkul pelbagai anugerah dalam industri muzik sehingga tercatat dalam The Malaysia Book of Records sebagai artis yang paling banyak menerima anugerah baik dalam Malaysia dan juga seantero dunia sehinggalah sekarang sudah menjadi usahawan yang berjaya apabila mengeluarkan pelbagai produk kosmetik di bawah jenama SimplySiti.
Kepada peminat Siti Nurhaliza mari kita lihat bersama-sama latarbelakang artis Malaysia yang cukup terkenal sehingga ke hari ini.
Semak Biodata Siti Nurhaliza Yang Terkini
Nama Penuh : Datin Sri Dato’ Siti Nurhaliza binti Tarudin
Nama Panggilan : Siti Nurhaliza
Tarikh lahir : 11 Januari 1979
Tempat lahir : Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang
Alamat Rumah : Bukit Antarabangsa, Gombak Selangor
Jenis Kereta Mewah dimilikinya : Kereta Ferrari, Range Rover, Mini Cooper
Syarikat : Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd
Nilai Aset dan Kekayaan : Lebih RM 50 juta yang disahkan oleh MTV Asia
Kerjaya :
- penyanyi
- penulis lagu
- penerbit
- pengacara televisyen
- ahli perniagaan terkenal di Malaysia
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Warganegara : Malaysia
Nama Suami : Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)
Nama Datuk : Bachik Abdul Rahman
Bapa Saudara : Abdul Rahim Bachik
Nama Ayah : Tarudin Ismail
Nama Ibu : Siti Salmah Bachik
Nama Adik Beradik :
- Muhammad Ali
- Siti Saerah
- Siti Saidah
Nama Anak Tiri :
- Muhammad Anas Zawawi Khalid
- Muhammad Adib Khalid
- Muhammad Asyraf Khalid
- Muhammad Aazief Khalid
Sekolah Tabika : Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh
Sekolah Rendah : Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford
Sekolah Menengah : Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis, Pahang
- Instagram : www.instagram.com/ctdk
- Youtube : Tiada
- Facebook : www.facebook.com/SitiNurhalizaOfficial
- Twitter : twitter.com/CTNurhaliza11
- Portal/Laman Web/Blog : Tiada
Senarai Lagu Popular :
- Jerat Percintaan
- Purnama Merindu
- Percayalah
- Cindai
Anugerah Tertinggi :
[table sort=”desc,asc”]
Senarai Anugerah,Penganjur,Tahun
Anugerah Emas Asia New Singer Competition,Shanghai Asia Music Festival,1999
Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Wanita serta Pemenang Pop/Top 40 Kategori Lagu International,South Pacific International Song and Singing Competition, 1999
Juara Bintang HMI, Radio Televisyen Malaysia (RTM),1995
Voice of Asia,Kazakhstan,2002
Artis Serantau Paling Popular,Anugerah Planet Muzik,2001-2011
Tempat kedua Asia’s Best Musical Artiste,MTV Asia,2005
Tempat Kedua Biggest Asian Artiste,Channel V,2005
Darjah Indera Mahkota Pahang,Sultan Haji Ahmad Shah,2006
Asia’s Idol,Asia News Network,2008
Asian Music Legend,Top 10 of Asia,2014
[/table]
Gambar deretan koleksi aset rumah, gambar Siti Nurhaliza di zaman sekolah, zaman remaja, semasa belajar ambil lesen memandu motor dan kereta dan banyak lagi dikongsikan melalui gambar-gambar di bawah ini :
P/S : Ada peminat Siti Nurhaliza di sini?