Biodata Neelofa. Jutawan Jual Tudung Perfume Online
Baru-baru ini kelihatan kelibat artis Malaysia yang seorang ini yang kembali semula ke sekolah lamanya MRSM Langkawi Kedah melalui Instagram Neelofa sendiri

Untuk makluman artis Malaysia, Neelofa merupakan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi dan melalui keputusan SPM beliau berjaya memperolehi 10A.
Berdasarkan semakan di Instagram miliknya, beliau dilihat mengambil kesempatan singgah ke MRSM Langkawi ketika sedang bercuti di Pulau langkawi untuk berjumpa dengan bekas gurunya dan pelajar-pelajar sekolah di sana….
Bermula dengan langkah jadi juara Dewi Remaja, beliau telah menjadi pelakon dan pengacara yang boleh dikatakan sangat popular dikalangan artis Malaysia yang lain sehinggalah berjaya menjadi ahli perniagaaan yang sangat berjaya sehingga tersenarai dalam senarai Forbes.
Terbaru, beliau telah diangkat menjadi model kepada produk antarabangsa dan cukup terkenal iaitu produk jenama Lancome. Belum ada mana-mana wanita muslimah di dunia yang mendapat peluang menajdi duta produk antarabangsa seperti ini.
Semak Biodata Neelofa dan Profil Terkini
Nama penuh : Noor Neelofa Binti Mohd Noor
Tarikh Lahir : 10 Februari 1989
Tempat Asal : Pasir Mas, Kelantan, Malaysia
Umur : 28 tahun ini
Tinggi : 1.57 meter
Kacukan : Melayu, Pakistan dan Arab
Nama Bapa : Mohd Noor (bapa) dan Abdul Halim Khan (bapa tiri)
Nama Ibu : Noor Kartini Noor Mohamed
Nama Bekas Boyfriend (Teman lelaki) : Ariz Ramli, Fattah Amin dan Hans Isaac
Adik Beradik :
- Sara Dinna (kakak)
- Noor Nabila (akak)
- Noor Nellisa (kakak)
- Mohd Aqief (abang)
- Nur Athisha (adik)
- Nur Ameera (adik)
- Putri Nur Athira (adik tiri)
- Mohamed Faliq (adik tiri)
- Mohamed Firdaus (adik tiri)
Warganegara : Malaysia
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
- Profile Instagram : https://www.instagram.com/neelofa
- Twitter : https://twitter.com/Neelofa
- Facebook : https://www.facebook.com/neelofa
Keputusan UPSR : 5A
Keputusan PMR (kini PT3) : 8A
Keputusan SPM : 10A
Sekolah Rendah : Akan dikemaskinikan
Sekolah Menengah : MRSM Langkawi
Pengajian Tinggi : Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Universiti Sunway
Kerjaya : Pengacara, Pelakon, Model, Ahli perniagaan
Produk Bisnes : kanta lekap Lofalens, produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim, tudung Naelofar Hijab, suplemen kesihatan dan kecantikan, perfume (minyak wangi)
Syarikat : BellaVita Healthcare International Sdn Bhd
Senarai Drama Popular : Red Velvet, Suri Hati Mr. Pilot, Karoot Komedia X Musim 2, Syahadat Cinta, Kau Yang Terindah, Kitab Cinta
Senarai Filem Popular : Pilot Cafe, Azura, Dollah Superstar
Senarai Anugerah Tertinggi yang diterimanya : Juara Dewi Remaja, Pelakon TV Wanita Popular dan Pengacara TV Popular di ABPBH, Pelakon TV MeleTOP