Biodata Nazir Razak : Mohamed Nazir Abdul Razak Gambar Pengerusi CIMB
Dalam sektor korporat bagi sektor pembankan, beliau merupakan bekas Pengarah urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB yang mana sekarang ini CIMB merupakan salah satu bank yang terbesar di Malaysia.

Terkini, beliau merupakan Pengerusi CIMB Group.
Beliau datang daripada kalangan keluarga yang bukan sebarangan, kerana beliau adalah anak bongsu kepada arkitek pembangunan Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak, dan juga Perdana Menteri keenam yang sekarang ini Datuk Seri Najib Razak adalah abangnya (Sumber : mypt3.com
Hasil perkahwinan dengan anak perempuan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Abdul Aziz Taha yang bernama Datin Sri Dato’ Azlina Aziz, alhamdulillah mereka dikurniakan 2 cahaya mata.
Semak Biodata Nazir Razak
- Nama Penuh : Mohamed Nazir Abdul Razak
- Umur : 49 tahun
- Tahun Lahir : 1966
- Isteri Nazir Razak : Datin Sri Dato’ Azlina Aziz
- Anak : 2 orang
- Gaji Nazir Razak : RM9 juta setahun
- Kekayaan : US$147 juta
- Nama Ayah : Tun Abdul Razak Hussein
- Nama Ibu : Tun Rahah Mohammad Noah
- Peminat Kelab Bola Sepak : Chelsea FC
- Sekolah Rendah : Institusi St. John dan Alice Smith School
- Sekolah Menengah : Di United Kongdom sejak berumur 13 tahun
- Pengajian Tinggi I : Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Ekonomi dan Politik dari Universiti Bristol
- Pengajian Tinggi II : Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang Ekonomi Pembangunan dari Universiti Cambridge.
- Kerjaya : Pengarah merangkap ketua pegawai eksekutif bank Jabatan penasihat korporat Commerce International Merchant Bankers Berhad, Ketua pegawai eksekutif CIMB sejak 1999
- Anugerah : Antara 50 orang paling berpengaruh di Asia oleh FinanceAsia pada tahun 2006. “Eksekutif Teratas Terbaik” oleh Asiamoney bagi dua tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2009 dan 2010. Datuk Seri Nazir Razak pernah tersenarai dalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia oleh majalah Malaysian Business pada tahun 2010.
- Instagram : https://instagram.com/nazir.razak
- Facebook : Tidak Dijumpai
- Twitter : https://twitter.com/nazrazak
Semak gambar gambar Nazir Razak bersama isteri, anak kesayanganya seperti di bawah ini..