Biodata Mia Ahmad. Gambar Pelakon Hati Perempuan
Nama Mia Ahmad atau nama penuhnya Samiha Binti Ahmad Baderi semakin meningkat naik baru-baru ini, apabila drama Hati Perempuan yang diangkat daripada novel telah meletup dan popular ketika ditayangkan di slot Akasia TV3.

Drama Hati Perempuan lakonan beliau bersama-sama dengan pelakon lain seperti Hafreez Adam, Syarul Ridzwan dan Nadzmi Adhwa yang mula ditayangkan sejak 30 Mac 2015 yang lalu telah menjadi sebutan ramai apabila novel hasil nukilan dan tulisan penulis terkenal Nur Ain Al-Abbas hasil olahan pengarahan pengarah Kas Rishan berjaya menepati selera dan kehendak peminat setiap drama-drama di Slot Akasia TV3.
Ditambah dengan biodata Mia Ahmad, karakter dan penampilan pelakon baru seperti beliau berjaya menjadikan Drama ini menarik dan segar di mata peminat drama Hati Perempuan.
Bersama-sama ini Berita Semasa kongsikan bersama dengan gambar beliau dan juga biodata Mia Ahmad bersama dengan anda seperti di bawah ini :
Biodata Mia Ahmad Gambar Pelakon Drama Hati Perempuan Slot Akasia TV3
- Nama Penuh: Samiha Binti Ahmad Baderi
- Alamat Rumah : Tidak dapat dikesan
- Umur: 27 Tahun (2015)
- Tarikh lahir : 22 Februari 1988
- Tempat Kelahiran: Taiping, Perak
- Facebook: https://www.facebook.com/miaahmadofficial
- Instagram : https://instagram.com/mia.ahmad
- Twitter: https://twitter.com/miaahmad
- Kerjaya: Model Freelance, Pramugari untuk Air Asia X, Model Iklan dan juga Pelakon
- Tahap Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
- Drama dan Telefilem: Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan, Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200 peratus