≡ Menu

Biodata Kate Middleton. Beliau Mengandung 8 Minggu?

Biodata Kate Middleton. Beliau Mengandung 8 Minggu?

biodata Kate MiddletonGosip artis Malaysia & luar negara : Kate Middleton dan suaminya Putera Wiliam pernah menjadi tumpuan rakyat Malaysia apabila pernah datang ke Malaysia sekitar bulan September 2012 yang lepas.

Terbaru Putera William dilihat meninggalkan hospital King Edward VII di mana isterinya Kate Middleton sedang dirawat akibat mula terasa mual-mual. Dan….akhirnya pihak Istana St James mengumumkan berita Kate Middleton mengandung & hamil  yang pastinya disambut gembira terutamanya keluarga istana Britain dan juga rakyat Britain.

Tidak ketinggalan juga Presiden Amerika Barack Obama mengucapkan tahniah atas berita kehamilan Kate Middleton mengandung. Yang pastinya apabila tersebarnya berita ini, paparazi di sana seperti biasa panatas bak “lipas kudung”mula mengepung hospital King Edward untuk mendapat gambar ekslusif gambar Putera William dan Kate Middleton.

Jikalau dilihat daripada penampilan Kate Middleton agak mula berisi sejak akhir-akhir ini berbanding penampilan beliau sebelum ini yang terkenal dengan superslim.