≡ Menu

Biodata Tan Sri Hassan Marican Ex CEO Petronas Kini di Singapura

Biodata Tan Sri Hassan Marican Ex CEO Petronas Kini di Singapura

biodata hasan marican

Kalau 15 tahun dahulu, Petronas hanyalah syarikat kerdil di kalangan syarikat-syarikat minyak gergasi antarabangsa seperti Shell dan Esso.

Sehingga Petronas mendapat  “sentuhan” daripada bekas CEO Petronas Tan Sri Hassan Marican berjaya membawa dan menempatkan Petronas dikalangan syarikat multinasional yang cukup elit di dunia.

Sekarang Singapura ingin mengunapakai sentuhan “magis” beliau apabila Tan Sri Hassan Marican menyertai SembCorp Industries.

Mantan CEO Petrolium Nasional Berhad (Petronas) ini dilantar sebagai pengarah bukan eksekutif bagi SembCorp Industries Ltd. Bursa Saham Singapura difahamkan oleh SembCorp Industries yang mana Tan Sri Hassan Marican akan mula masuk hari ini.

SembCorp Industries dikendalikan oleh syarikat milik Singapura iaitu Temasek Holdings berperanan dalam bidang perniagaan marin, bekalan tenaga dan air

Tan Sri Hassan Marican, 57, telah berkhidmat sebagai Presiden dan CEO Petronas selama 15 tahun dari Februari 1995 hingga Mac 2010.

Semasa di awal pentadbiran Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Hassan Marican telah ditawarkan jawatan sebagai penasihat khas Perdana Menteri bagi isu tenaga dan gas tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.

  • Pernah bekerja sebagai pengurus audit di Touche Ross & Company di London (1972–1980). Kemudian balik ke Malaysia dan bekerja di firma Hanafiah Raslan & Mohamed / / Touche Ross & Co (1980–1989).
  • Hassan bersama Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan .
  • Pada 1 Ogos 1991, Tan Sri Hassan Marican dilantik sebagai pengerusi Petronas Gas Berhad. Felo di Institute of Chartered Accountants di England dan Wales. Ahli Institut Akauntan Malaysia. Ahli Lembaga Pengarah Petronas.
  • Tan Sri Hassan Marican pernah menjadi pengerusi Petronas Dagangan Berhad dan Malaysia International Shipping Corporation Berhad (MSIC).
  • Beliau juga pengerusi Engen Limited, Afrika Selatan, iaitu anak syarikat Petronas.
  • Diamanahkan sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sejak Februari 1995. Menjadi Pemangku Pengerusi Petronas pada 2004 – 2010.

P/S : Seorang lagi rakyat yang berkualiti sekarang sudah menyumbang kepakaran di GLC Singapura. Malaysia sudah tidak berminat lagi, Singapura pula ambilalih ketika ini. Mungkin rezeki Tan Sri Hassan Marican untuk terus menyumbang idea, tenaga dan kepakaran di Singapura pula