≡ Menu

Biodata Azran Osman Rani Tegur Utusan Malaysia = Hina Melayu. Apa Kata Pembaca Utusan?

Biodata Azran Osman Rani Tegur Utusan Malaysia = Hina Melayu. Apa Kata Pembaca Utusan?

Kami hanya mampu tersenyum daripada atas bangunan pencakar langit sambil memandang ke bawah dengan lambakan 28 juta jumlah penduduk di Malaysia, ada satu dua kumpulan kecil yang lain benar lagaknya & corak pemikirannya berbanding kumpulan besar yang lain yang sama sekali tidak selari dengan perkembangan minda rakyat Malaysia hari ini.

azran rani

Di Malaysia, ada macam-macam boikot pernah dilancarkan di Malaysia. Termasuklah edisi boikot barangan & produk Israel serta Belanda contohnya. Bagaimana perkembangannya hari ini? Terbaru, bakal dilancarkan pula edisi boikot perkhidmatan AirAsia & AirAsia X pula? Apa sebabnya?

Kesalahan terbesar bermula apabila Azran Osman Rani (Ketua pegawai Eksekutif AirAsia X) baru-baru di media sosial adalah menegur cara penyampaian berita Utusan Malaysia yang merangkap nombor……….entah, kami tidak pasti kedudukannya sekarang bagi jualan akhbar mereka.

Sampai tidak boleh ditegur langsung?

  • Tegur Utusan Malaysia = hina orang Melayu?
  • Orang melayu mana yang rasa terhina?
  • Utusan Malaysia milik ________________ bukannya milik orang Melayu

Dahulu ya…kami akui Utusan Melayu sedikit sebanyak agak dekat dan membawa suara orang Melayu pada masa itu dengan menggunakan saluran dan pendekatan yang betul. Tetapi tidak untuk sekarang. Orang Melayu sekarang lebih kuat, waras dan bertamadun. Masih mampu berdiri teguh tanpa bantuan Utusan Malaysia.

Adakah saudara Mustapa Yaakub ini lupa kalangan parajurit yang pergi berjuang baru-baru ini dibawa khas melalui perkhidmatan AirAsia. Bukanlah mahu mengungkit cerita, cuba sekadar ingin berkongsi takut-takut terlupa.

  • Kami bersetuju jika boikot diadakan atas faktor servis yang kurang memuaskan
  • Berbanding boikot sesuatu produk disebabkan terasa apabila ditegur untuk kebaikan diri sendiri dan perniagaan anda. Yang menegur untuk kebaikan, pula sekarang dicop bersalah

Adakah saudara Mustapa Yaakub sedar atau ada membuat semakan, agak-agaknya sudah berapa kali Utusan Malaysia disaman dan dibuktikan bersalah kerana memfitnah dalam laporan berita mereka? Sedar atau tidak? Tahu atau tidak? Antaranya………

  1. Anda senaraikannya di sini
  2. Ada lagi nak tambah?

Beginilah, siapa-siapa ada hak untuk boikot. Terpulang. Kami hanya suarakan pendapat sahaja di sini.

  • Kalau rasa “mampu bayar lebih” naiklah MAS. Bayar 30-40% tambah untuk “airfares”. MAS perlukan anda untuk meningkatkan kadar jualan tiket mereka.
  • Kalau anda rasa Malindo adalah alternarif terbaik AirAsia, silakan boikot.
  • Tahun ini, AirAsia ada memperkenalkan laluan ke Jeddah. Agak-agak saudara saudara Mustapa Yaakub, bagaimana sambutannya?

Rakyat Malaysia di sini lebih bijak untuk membuat pemilihan dan keputusan berdasarkan pertimbangan yang “waras”.

P/S : Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya saudara Mustapa Yaakub tidak sampai mengeluarkan perkataan andai tak suka Utusan Malaysia, sila keluar dari Malaysia. Opppss!!

PP/S : Maaf saudara Mustafa Yaakub, antara kami sudah selamat beli tiket Air Asia sampai hujung tahun ini.

PPP/S : Contoh Sinar Harian yang “berani untuk berubah” jika anda (Utusan Malaysia) mahu dihormati. Apa pendapat pembaca setia Utusan Malaysia dan anda yang lain di sini?