≡ Menu

Live Debat 1MDB Tony Pua VS Arul Kanda di RTM. Soalan Bocor Untuk Bos 1MDB?

Live Debat 1MDB Tony Pua VS Arul Kanda di RTM. Soalan Bocor Untuk Bos 1MDB?

Debat bukan budaya kita. Itu antara ungkapan yang biasa terngiang-ngiang di telinga rakyat Malaysia melalui mulut pemimpin politik. Itu dahulu.

debat 1MDB

Walaupun ada banyak perbincangan dan forum terbuka yang membincangkan isu semasa di Malaysia termasuklah anjuran Sinar Harian dan Karangkraf melalui forum popularnya Wacana Sinar.

Itupun rakyat Malaysia tidak dapat tonton secara live di kaca televisyen.

Tahniah Berita Semasa ucapkan. Nah, kali ini budaya yang dahulunya dilihat ganjil daripada pemimpin konvensional mungkin akan berlaku sedikit perubahan budaya di Malaysia apabila besar kemungkinan rakyat Malaysia akan menyaksikan satu debat melibatkan isu semasa di Malaysia yang paling tegang dan panas dekat ini iaitu membabitkan isu 1MDB Malaysia.

Berdasarkan butiran kemungkinan Live Debat 1MDB Tony Pua VS Arul Kanda dijadualkan :

  • Hari : Jumaat
  • Masa : 9 malam hingga 10 malam
  • Saluran Siaran Langsung debat 1MDB : RTM
  • Tarikh : 6 November 2015
  • Pendebat : Arul Kanda Kandasamy VS Tony Pua
  • Pengendali acara : Malay Mail

Live Debat 1MDB Tony Pua VS Arul Kanda : Antara Soalan Bocor?

  1. Rakyat Malaysia mahu tahu mengapa dan kenapa Bank Negara Malaysia BNM perlu tarik balik kelulusan yang kepada 1MDB memindahkan lebih US$1.8 bilion di luar negara sana? Mengapa?
  2. Rakyat Malaysia juga mahu tahu, kebenarannya adakah pelaburan awal yang dilakukan oleh 1MDB berjumlah US$1 bilion untuk tujuan mendapat 40% daripada 1MDB – Petrosaudi dan Petrosaudi hanya perlu perlu melabur haknya kepada rizab minyak tertentu di Laut Caspian dan di Argentina bagi pegangan 60%?
  3. Adakah benar 1MDB menandatangani perjanjian usaha sama dengan PetroSaudi dalam keadaan tergesa-gesa, tanpa mendapatkan kelulusan diperlukan daripada lembaga pengarah ketika itu seperti dinyatakan dalam minit lembaga pengarah yang sama?
  4. Adakah 1MDB membayar AS$993 juta dari AS$1.22 bilion yang ditebusnya daripada dana pelaburan Kepulauan Cayman dan AS$975 juta yang dipinjam daripada konsortium diketuai Deutsche Bank untuk menamatkan opsyen 1MDB yag diberikan kepada Aabar Investments sebagai sebahagian daripada satu lagi syarat dikenakan International Petroleum Investment Company (IPIC) untuk menjamin terbitan bon AS$3.5 bilion 1MDB?
  5. Adakah kerajaan persekutuan mengeluarkan “surat sokongan” pada Mei 2015 kepada Bank Exim untuk meminjam AS$150 juta, di mana dana itu digunakan MDB untuk membayar pengambilan tanah daripada Tadmax Resources Bhd pada kira-kira RM300 juta?

Ada lagi yang anda mahu tambah?

P/S : Rakyat Malaysia mahu lihat dan saksikan debat 1MDB hanya kerana mahu  jawapan disebalik persoalan yang tergantung, bukan jatuh hukum. Bukannya mahkamah. Rakyat yang akan dapat kesimpulan awal selepas tengok gerak geri dan telatah kedua-dua belah pihak berbalas hujah.