≡ Menu

Biasiswa MARA 2018 : Apa Status Terkini? Permohonan Dibuka?


Biasiswa MARA 2018. Apa Status Terkini? Permohonan Telah Dibuka?

Seperti biasa untuk tahun-tahun sebelumnya apabila keputusan SPM 2017 diumumkan sahaja pada Mac 2018, kalangan pelajar cemerlang ternanti-nanti peluang tawaran daripada MARA termasuklah Biasiswa MARA.

biasiswa mara

Tidak seperti tahun sebelumnya, tawaran biasiswa mara masih lagi menjadi tanda tanya.

Berdasarkan berita terkini yang diterima Berita Semasa, MARA dikatakan akan mengkaji semula mekanisme penghantaran pelajar ke luar negara. Di mana pelajar akan lebih banyak ditempat di dalam negara untuk menyambung pengajian masing-masing dek kerana masalah ekonomi Malaysia hari ini,

Dan MARA juga sudah pun menegaskan yang penerima Biasiswa MARA yang sekarang ini masing lagi di bawah tanggungan MARA akan diteruskan seperti biasa sehinggalah masing-masing menyelesaikan pengajian.

Hakikatnya kalangan pelajar cemerlang dan kurang bermampuan bantuan dan tawaran kali ini sangatlah diharapkan mereka, dengan harapan bebanan kewangan yang ditanggung pelajar dapat diringankan sekaligus pelajar dapat menumpukan sepenuh tumpuan terhadap pengajian.

Berita Terkini Status Permohonan Biasiswa MARA 2018

Berita Semasa akan maklumkan semula dan kemaskinikan terus di sini jikalau ada perkembangan dan berita terkini mengenai Biasiswa MARA 2018. Ataupun anda boleh terus berurusan dengan pegawai di Majlis Amanah Rakyat seperti pada alamat di bawah ini

Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bahagian Penganjuran Pelajaran
Tingkat 3, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
(u/p: Unit Penajaan Program Khas)

Pertanyaan Penajaan W: 9.00 pagi – 5.00 petang T: 03-2613 2032 / 2037 / 2072 / 2063 / 2009 / 2085 / 2110 / 2004 E: www.facebook.com/postspm2014

Talian Teknikal W: 9.00 pagi – 4.30 petang T: 03-2613 2032 / 2037 / 2072 / 2063 E: postspm2014@gmail.com

Syarat Kelayakan untuk Dapat Biasiswa MARA

  1. MARA hanya mengutamakan pelajar yang ingin sambung ke bidang Sains dan teknologi, Kejuruteraan, Metematik, perubatan
  2. Semestinya anda perlu dapat keputusan SPM yang cemerlang
  3. Perlu melepasi dengan jayanya peringkat IB atau A-Level atau Foundation
    Anda
  4. Anda perlu menerima tawaran terlebih dahulu dari kalangan 50 universiti terbaik di dunia seperti mana diiktiraf QS World University Rankings atau Times Higher Education (THE) World University Rankings

P/S : Ada yang dapat di sini, boleh kongsikan perasaan dan pengalaman di sini?