Berita Terkini PTPTN. 1.3 Juta Kena PTPTN Blacklist. Hanya Masuk RM8 Bilion Dari RM56.4 bilion Jumlah Pinjaman

Berita Terkini PTPTN. 1.3 Juta Kena PTPTN Blacklist. Hanya Masuk RM8 Bilion Dari RM56.4 bilion Jumlah Pinjaman

Sejak daripada penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN Malaysia pelbagai pelajar mendapat manfaatnya untuk menyambung pelajaran di pengajian tinggi baik di universiti swasta ataupun universiti awam.

berita terkini ptptn



Macam-macam kerenah yang dijumpai, ada yang mahu bayar semula. Ada yang buat-buat tidak perasan yang dia pernah membuat pinjaman PTPTN selama ini, ada juga-juga yang benar-benar tidak mampu lagi untuk bayar semual loan tersebut atas sebab-sebab tertentu termasuklah tidak mendapat pekerjaan lagi.

Kita boleh lihat sendiri situasi semakin lama semakin buruk. Daripada hanya memaparkan nama peminjam yang tidak bayar pinjaman di akhbar-akhbar utama sehinggalah yang terkini risiko untuk kena senarai hitam PTPTN blacklist sekaligus memberikan impak dan rekod buruk kepada rekod CCRIS atau CTOS. Ini menambahkan masalah kepada kalangan graduan yang berkira-kira untuk buat pinjaman perumahan ataupun pinjaman kereta.

Berdasarkan rekod terkini yang dikongsikan pihak PTPTN jumlah kena senarai hitam PTPTN semakin bertambah dan meningkat naik :

Data dan Statistik Terkini PTPTN Malaysia?

Bil. Perkara Butirannya
1. Jumlah senarai hitam PTPTN 1.3 juta
2. Jumlah penerima pinjaman PTPTN 2.49 juta
3. Jumlah yang kena senarai hitam oleh Imigresen Malaysia 111001 orang
4. Jumlah pembiyaan sejak tahun 1997 RM56.4 bilion
5. Jumlah yang diterima semula dari peminjam setakat ini RM8 bilion

 

Ini bermakna lebih daripada 50 peratus yang tidak mahu bayar? Suatu angka yang cukup-cukup besar.

Mengapa jadi begini? Ini kerana jumlah pelajar bijak semakin hari-hari semakin bertambah. Ini bermakna permintaan untuk pengajian tinggi semakin melonjak tinggi. Tetapi pengajian tinggi awam mampu menampung atau tidak tempat untuk mereka ini? Tidak sama sekali. Akhirnya tanggungjawab untuk memberikan pengajian tinggi kepada seberapa ramai pelajar, akhirnya tampak diserahkan secara halus kepada kapitalis yang mengendalikan perniagaan universiti swasta. Jadi apa pilihan yang mereka ada?

  • Duti ibu bapa? tidak cukup
  • Simpanan sendiri? Cukup untuk perjalanan ke universiti semasa mendaftar
  • Akhirnya permohonan PTPTN menjadi pilihan utama walaupun dikenakan yuran yang mahal di universiti swasta tanpa memikirkan panjang kepada impak untuk membayar semula pinjaman PTPTN

Ini semua berbalik kepada hukum ekonomi. Apabila permintaan melebihi penawaran akan menerbitkan inflasi sekaligus lonjakan kepada yuran pengajian dikalangan universiti swasta. bertambah buruk lagi apabila sekarang dana dan peruntukkan untuk universiti awam.

Tidak cukup dengan itu, tiada lagi universiti awam dibina selepas ini. Macam mana Berita semasa boleh tahu?

Ini kerana jikalau anda semak pada rancangan Malaysia kesebelas tiada sama sekali universiti awam akan dibina oleh kerajaan Malaysia.

Jadi masalah PTPTN tidak akan selesai tanpa kesungguhan kerajaan untuk menyelesaikannya.


Kongsi dan Viralkan!

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Di... Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!! Program debat Rafizi VS Khairy sudah pun menutup tirainya yang membahaskan "isu PTPTN" berdasarkan ...
{ 23 Komen Bernas di Berita Semasa… add one }
  • Dwight Schrute Sep 26, 2016, 12:33 pm

    hutang2 camni kira halal ajelah, riba pun bukan main lagi tinggi

  • 😴😴😴😴😴 Sep 26, 2016, 7:59 pm

    🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊🙊

  • Anonymous Sep 27, 2016, 9:01 am

    Saya cadangkn pinjaman ini tanpa apa2 charge tambahan sbb tempoh masanya tak ditentukan

  • anwar Sep 27, 2016, 11:17 am

    good job

  • Anonymous Sep 27, 2016, 12:34 pm

    Bila keluar univ umur 23 thn ada hutang sampai rm 20 000 ke rm 30 000 kerja pun belum ada lagi.
    Something is wrong somewhere.

  • Anonymous Sep 27, 2016, 3:15 pm

    Barangsiapa dpt jaga solat 5 waktu dgn berjemaah dpt lima ganjaran dpermudahkn rezki/dihilangkn ksempitan hidup,diangkat azab kubur,trima buku amaln dgn tgn kanan,dpt lintas sirat pantas spt kilat dn msk syrga tanpa hisab

  • Anonymous Sep 27, 2016, 3:19 pm

    pTpTn klu pinjam 20000 bayarlh 20000 .Klu ada kos tambahan (keuntungan jika ada) tu sebaiknya kjaan yg support sbgai kjaan yg perihatin denyut nadi rakyat sbb mereka yg keluar ni tak tentu lagi bila kja/income masuk.

  • Anonymous Sep 27, 2016, 3:24 pm

    solat sendri/sorang2 dpt satu ganjaran ,solah berjemaah dpt 27 ganjaran tiada sipa yg waras yg taknak

  • Anonymous Sep 27, 2016, 5:30 pm

    Asas bersukan adalah baik utk kesihatan ttp jgn keterlaluan hingga menjadikn kita lalai .Ini merugikn kita

  • izzat Sep 27, 2016, 11:27 pm

    Atas nama hutang dan berdosa tak bayar dalam islam, maka aku cuba juga langsaikan semua hutang tersebut dengan susah payah.

  • Anonymous Sep 28, 2016, 8:33 am

    Dana yg diperuntukkan untuk pTpTn ini bebeza dgn dana yg telah dikeluarkan krn wang ini direcycle so jumlah tlh dikeluarkn tentu lbh besar dr peruntukkan .Saya cadangkn kjaan tambahlagi utk dana pusingan ini

  • Anonymous Sep 28, 2016, 8:34 am

    Klu bersukan hingga melalaikn adalah merugikn.Nauzubillah…

  • Anonymous Sep 28, 2016, 8:43 am

    So klu target pulangan balik bayaran olh pihak pelajar nei tak mencapai kjaan klu ada lebih dana tambahkan kpd pTpTn ini sbb bukan yg keluar pusat pengajian ini mendapat pekerjaan; yg dpttu ok la….TQ

  • Anonymous Sep 28, 2016, 8:50 am

    Antara sunah nabi s.a.w berjihad/berdakwah,solah berjemaah,simpan janggut

  • halipulu Sep 28, 2016, 10:52 am

    HAJAT MAU BAYAR BALIK TERBANTUT BILA PIHAK PTPTN SEPERTI MENYUSAHKAN LAGI URUSAN DENGAN SEGALA MACAM DOKUMEN YANG PERLU JUMPA ORANG TU ORANG NI MENANDATANGANINYA LAST LAST URUSAN TAK SELESAI POTONG TERUS DI SLIP GAJI KAN SENANG TANPA MENYUSAHKAN INDIVIDU YANG IKHLAS INGIN MEMBAYAR APA SUSAHNYA SILA AMBIL PERHATIANLAH

  • Pak Man Sep 28, 2016, 12:12 pm

    Sesiapa yg berutang tu elok la bayar…..Kalau mati syahid pun belum tentu syurga kalau utang dok masih ada… kita pikir sendiri la naaa……

  • Anonymous Sep 28, 2016, 3:19 pm

    Pendidikan asas sehingga ijazah pertama adalah asas utk rakyat.
    Sama macam mendapat bekalan air yg bersih.
    Kerajaan tak boleh buat terlalu mahal.
    Contohnya swastakan air sampai 1 meter padu harga rm 50. Lepas tu siapa tak mampu tubuhkan PTPTN AIR.
    Siapa tak mampu bayar hutang air blacklist.
    Alasan siapa hutang mesti bayar.
    Cerdik ke bo… mcm tu.

  • izzat Sep 29, 2016, 7:32 pm

    hmm semua hutang kena bayar adalah masuk akal sebab kita yang guna, kalau tak bayar hutang yang dibuat memang hidup tak berkat,nabi muhammad kata tidur tak lena, Sebab aku dah kena hutang keliling pinggang tidur pun tak lena. kalau nak free jangan pinjam. Macam hutang pendidikan mara pun masih ramai yang tak nak bayar walaupun dah dapat diskaun berganda2 berbanding ptptn. peminjam dana pendidikan mara untung sebab tak ada interest tinggi macam ptptn, tapi masih ramai peminjam anak melayu tak bayar walaupun dah ada kerja hebat2. Tak faham macam mana orang melayu yg beragama islam boleh menghalalkan hutang2 yang dipinjam dengan hati senang lenang.

  • annas Oct 4, 2016, 6:13 pm

    reti pinjam ptptn, reti bayar lah balik. oh, kereta mampoo lak bayar hutang, interest lagi tinggi mak oii..

  • hartono budikosom0 sikalmunjo Oct 8, 2016, 1:00 pm

    BAERITA SEMASA CAKAP TU BETUL, KITA TERPAKSA BERHUTANG UNTUK SEGULUNG IJAZAH,
    EKONOMI KELUARGA X MAMPU AK BAYAR CASH, SO KENALAH HUTANG, PAS DAPAT IJAZAH PLAK TAWARAN KERJA X DA, BERSAING DENGAN RATUSAN RIBU LAGI GRADUAN, BILA PERMOHONAN LEBIH TINGGI DARI PERMINTAAN SO MAJIKAN PUN BOLEH TAWARKAN GAJI YANG X SETIMPAL DENGAN TITIK PELUH KITA MENDAPAT IJAZAH, PASAL X NAK PEGANG STATUS TANAM ANGGUR KITA PUN REDHA JE LA AMIK KERJA TU,,SERIUS DOWH, GAJI GRADUAN IJAZAH RAMAI YANG BELOW 2000 ,KEJE KAT BANDAR KENE LA NAIK KETA, NAK X NAK KENE LA AMIK KETE SECONHAND, MERAGAM JE MEMANJANG, NAK NAIK MOTO BAHAYA, MACAM MENEMPAH MAUT BAWAK MOTO KAT BANDAR YANG GILE JEM TU….DENGAN GAJI BAWAH 2 RIBU TU LA NAK HULUR KAT MAK BAPAK, NAK HULUR KAT ADIK BERADIK YANG MASIH STUDY, NAK KUMPUL TUK KAWEN, KOS MINYAK, TOL ,MAINTENANCE KETE…LAST2 X DAK LANGSUNG NAK BYAR HUTANG PTPTN, SERIUS MEMANG LA RM100 TU NAMPAK SIKIT, TAPI BESAR NILAINYA PADA INSAN MARHEIN YANG BERPENDAPATAN RENDAH…LAST2 NAK SALAHKAN SAPE??? DIRI SENDIRI?? PASAL PA HANG X SCOR CGPA3.5??DAPAT BIASISWA….HM..AYAT TU AKU SELALU DENGAR..AKU RASAMALAYSIA NI MEMNG BANYAK DUIT, MAMPU NAK BAGI RAKYATNYA PENDIDIKAN YANG MURAH KOSNYA…TAPI..PIKIRKANLAH SENDIRI…..

  • Rasuah vs Dedak Oct 10, 2016, 4:18 am

    Masalah2 yg mcm ni la yg buat org mkn Rasuah ngn Dedak…..dah tak bleh Pakai dah ayat “nak berjaya Kena mula dari bawah”

  • Anonymous Oct 11, 2016, 6:38 pm

    Kucing PM juga yg untung.

  • Mak jah Oct 12, 2016, 1:11 pm

    Sebenarnya kerja tu ada, peruntukan waran untuk sesorang itu sudah tidak ada. Macam mana mahu bayar kalau duit sudah tidak ada. Kemetrian tidak sediakan kos yg sepattnya

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini

shares