Harga Tiket Malaysia Airlines Promotion: Flight Murah MAS

Dapatkan Harga Tiket malaysia Airlines promotion online 2023 dapatkan fight murah untuk tiket mas airline bagi tahun ini

harga tiket malaysia airlines 2022

Setakat ini terus terang kami boleh katakan Malaysia Airlines tetap dihati setanding dengan Qatar Emirates dan Singapore Airlines.

Ranking yang dikeluarkan oleh agensi di luar sana, kami boleh katakan syok sendiri. Jangan terlalu percaya. Service tidak boleh diukur oleh orang luar, cuma boleh dirasai oleh kita sendiri sebagai seorang pelanggan.

Alhamdulillah. Dah banyak Airlines yang kami pernah naik sepanjang tempoh 10 tahun terakhir ini. Contohnya,  Malaysia Airlines (Best meal), Qatar Airways (Premium feel at affordable rice), Emirates (Best feel), Singapore Airlines (Worst meal), Royal Brunei Airline, Turkish Airlines, Lufthansa, Air France, TAP Portugal, Sudan Air (Worst feel), Oman Air, Air Asia X, AirAsia, Easyjet, Ryanair, Wizz Air, Maswings, Firefly, Malindo Air, Saudi Arabia Airline, Jetstar, Thai Airways, Qantas.

Adakah anda juga berminat untuk naik kapal terbang malaysia airlines pada harga tiket masairlines promotion dan murah? Mari kami kongsikan beberapa tips yang pernah kami gunapakai sebelum ini sehingga dapat harga tiket mas airlines melibatkan kapal terbang dari malaysia airlines promo termasuk harga tiket air asia promo dan murah untuk anda sekarang

Cara Beli Tiket Flight Mas Online

Malaysia Airlines menawarkan penerbangan ke 55 destinasi yang melibatkan penerbangan domestik dan antarabangsa.

Oleh itu, penumpang perlu menempah tiket mas terlebih dahulu untuk ke destinasi yang diingini. Penempahan tiketmas ini boleh dibuat melalui laman portal rasmi Malaysia Airlines.

Berikut merupakan antara cara untuk menempah tiket penerbangan Malaysia Airlines;

  • Anda perlu ke laman sesawang portal rasmi Malaysia Airlines
  • Klik pada bahagian “Flight + Hotel” untuk membuat penempahan seperti pada di bawah ini

cara beli tiket flight mas online

  • Masukkan destinasi berlepas, destinasi ketibaan, waktu berlepas, waktu pulang, kuantiti penumpang dan jenis kelas kabin, kemudian klik pada butang “Search” seperti pada Rajah di bawah ini
  • Senarai penerbangan akan dipaparkan bersama kadar harga dan masa penerbangan.
  • Klik pada butang “Book” seperti pada Rajah di bawah ini untuk membuat tempahan.

cara beli tiket malaysia airlines online

  • Kemudian, masukkan maklumat penumpang dan klik pada butang “Continue Booking”.
  • Maklumat yang diisi mestilah diperiksa beberapa kali supaya tidak berlaku kesilapan selepas penempahan dibuat. Ini kerana penumpang perlu membayar caj pindaan jika berlaku kesilapan dalam tiket penerbangan tersebut.
  • Akhir sekali, pembayaran boleh dibuat menerusi pembankkan secara atas talian, kad kredit dan wallet seperti pada Rajah di bawah ini.
  • Setelah pembayaran dibuat, tempahan tiket berjaya dan pihak Malaysia Airlines akan menghantar emel pengesahan beserta tiket.

harga tiket pesawat maswings

Cara Check Malaysia Airlines Flight Status

Malaysia Airlines mencatatkan lebih 40,000 penumpang sehari.

Oleh itu, setiap penumpang wajib mempunyai aplikasi Malaysia Airlines untuk mengetahui status penerbangan yang ditempah melalui laman portal rasmi Malaysia Airlines.

Apabila melibatkan penerbangan, pastinya penumpang akan mengambil maklum status penerbangan mereka supaya semua berjalan dengan lancar mengikut jadual yang ditetapkan dan sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. 

Berikut merupakan antara cara-cara untuk memeriksa status penerbangan Malaysia Airlines untuk memastikan setiap maklumat sampai kepada pengetahuan penumpang sama ada penerbangan tersebut berjalan mengikut masa yang ditetapkan, berlaku penundaan waktu penerbangan atau berlaku pembatalan disebabkan oleh sebab-sebab yang munasabah.

malaysia airlines flight status masairlines

  • Klik pada bahagian “Status” pada laman portal tersebut.
  • Masukkan tarikh, destinasi mula penerbangan dan destinasi yang dituju dalam ruang yang disediakan serta klik pada butang “Cari” seperti pada Rajah di bawah ini

tiket flight malaysia airlines mas murah

  • Status penerbangan masairlines akan dipaparkan bersama nombor penempahan.

Malaysia Airlines Promotion 2022

Promosi-promosi yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines merupakan antara salah satu strategi pemasaran untuk menggalakkan masyarakat memilih syarikat penerbangan mereka apabila ingin melancong.

Promosi-promosi yang ditawarkan boleh didapati melalui laman sesawang https://enrich.malaysiaairlines.com seperti pada Rajah di bawah ini pada bahagian “Promotion”.

promosi tiket malaysia airlines promotion 2022

Beza Malaysia Airlines vs Pesawat Maswing

Syarikat induk bagi kedua-dua syarikat penerbangan milik Malaysia ialah Khazanah Nasional, akan tetapi MASWings merupakan anak syarikat kepada Malaysia Airlines.

Kedua-dua syarikat ini bergerak di atas satu matlamat yang sama. 

Malaysia Airlines menawarkan penerbangan ke seluruh Asia, Ocenia dan Eropah yang merangkumi 55 destinasi. Ia melibatkan destinasi antarabangsa dan domestik.

Matlamat utama Malaysia Airlines adalah untuk memenuhi keperluan perjalanan udara masyarakat Malaysia dan pelancong asing yang ingin melancong ke Malaysia.

Keadaan pesawat yang cukup selesa dengan penyediaan hospitaliti yang baik menjadikan Malaysia Airlines sebuah syarikat penerbangan pilihan ramai.

harga tiket pesawat maswing

  • Namun begitu, MASwings juga menepati kehendak warga Malaysia.
  • Akan tetapi, MASwings hanya menawarkan penerbangan ke negeri-negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
  • Penerbangan ini hanya memenuhi keperluan perjalanan ke 23 destinasi termasuklah Miri, Kuching, Labuan dan banyak lagi.
  • MASwings mengetengahkan perkhidmatan penerbangan yang tertumpu di kawasan luar bandar Borneo.
  • Ia ditubuhkan pada tahun 2007 pada Mei 17 di mana hub utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa di Kota Kinabalu.
  • Oleh itu, pergabungan MASwings dibawah Malaysia Airlines menjadikan perjalanan udara lebih effisien dan efektif.

10 Tips Dapat Harga Tiket Mas Airlines Murah

SUMBER: https://www.malaysiaairlines.com

Ada 9 tips kesemuanya untuk anda ikut berdasar pengalaman kami sendiri untuk dapatkan harga tiket Malaysia Airlines promo yang berbaloi-baloi dan murah .

Terdapat guna tool percuma yang boleh anda gunakan yang dapat membantu pencarian dan penburuan tiket mas airlines promo.

1) Guna Credit Card, Claim Mas Airlines Promo

Saya sarankan anda pilih dan gunakan best credit card yang pernah kami syorkan. Yang mana-mana credit card ini seringkali menawarkan malaysia airlines promotion yang agak ekslusif untuk pemegang kad. Dan dalam pada masa yang sama jika tempahan dibuat ada lagi kelebihan yang anda bakal nikmati

2) Clear cache

Jika anda sudah pasti untuk booking harga mas airline promotion yang anda inginkan itu, anda perlu clear cache browser yang anda gunakan.

Ia bagi membuang jejak yang pernah kita tinggalkan semasa anda melawat portal mas airlines sebelum-sebelum ini.

Jadi ada kemungkinan harga murah yang anda semak sebelum ini sudah pun naik selepas dfaripada itu. Jadi jangan lupa sila CLEAR CACHE!]

tiket kapal terbang mas

3) One Way

Adalah lebih baik untuk anda ambil tiket flight mas sehala secara berasingan, berbanding flight return (pergi balik).

Ya, kami pernah dapat harga murah melalui teknik ini. Cubalah!

4) Pilih Airport

Anda boleh buat perbandingan airport. Biasanya flight yang mendarat di Hethrow lebih mahal berbanding di Charles du Gaulle Paris CDG.

Ataupun lapangan terbang Gatwick atau Luton lebih murah berbanding di Heathrow London.

Jadi anda boleh cuba buat kajian berdasarkan destinasi anda ditambah dengan kos pengangkutan dan lain, mana yang lebih berbaloi-baloi.

5) Enrich Redeem Harga Tiket Murah

Gunakan kelebihan program kumpul mata ganjaran (point) Enrich dengan sebaiknya setiap kali anda.

Pelbagai cara boleh dilakukan selain daripada buat booking flight semata.

Anda boleh juga kumpul melalui agoda credit card promotion untuk tempahan hotel. Jadi jangan sia-siakan kelebihan ini.

6) Flight Tambang Murah

malaysia airline promotion

Jikalau anda mahu pergi terbang jauh contohnya ke Spain. Ada baiknya anda ambil penerbangan ke Amsterdam ataupun CDG Paris.

Kemudian daripada sana, anda ambil flight tambang murah seperti Ryan Air atau Easy Jet yang jauh lebih murah berbanding anda ambil flight terus dari Kuala Lumpur ke Barcelona contohnya.

7) Transit

Flight yang ada transit, jauh lebih murah berbanding flight yang tiada transit. Tetapi letih sikit menunggu. Tetapi untuk anda yang mahukan pengalaman di airport yang lain boleh cuba pilihan ini.

8) Hari & Masa Booking Tiket Kapal Terbang Mas

Booking pada hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad lebih mahal berbanding booking pada hari Isnin, Selasa, Rabu. Booking pada waktu tenghah malam lebih murah berbanding booking pada waktu siang. Cuba try dan bandingkan!

9) Hari Flight Mas

Pemilihan hari penerbangan sangat penting. Flight pada waktu sibuk pada hari Jumaat Sabtu Ahad lebih mahal berbanding hari Selasa, Rabu.

Flight pada waktu malam adalah lebih murah berbanding flight pada siang hari

10) Skyscanner Malaysia, Cari Harga Tiket Malaysia Airlines Promotion

Daripada anda semak dan bandingkan harga tiket flight satu demi satu portal rasmi syarikat penerbangan, mereka tidak anda dapatkan senarai harga kesemuanya di bawah satu portal di Skyscanner malaysia.

Anda boleh dapatkan lambakan harga untuk destinasi yang anda inginkan pada satu halaman untuk harga termurah. Sangat mudah! Ada orang kata boleh gunakan search engine Kayak, tetapi kami lebih suka menggunakan Skyscanner malaysia.

Pengalaman Naik Flight Malaysia Airlines

Malaysia Airlines berpegang dengan slogan “Going beyond expectation”, “Malaysian Hospitality”, “More than just an airline code” dan “Journeys Are Made by the People You Travel With” menjadikan Malaysia Airlines pilihan utama untuk perjalanan udara.

Bermula dari penempahan tiket, segala menempahan tiket boleh dibuat menerusi laman portal rasmi Malaysia Airlines, di mana ia dapat memudahkan masyarakat untuk menempah tiket di mana sahaja mereka berada.

Walaubagaimanapun, harga tiket yang ditawarkan agak tinggi berbanding Air Asia disebabkan oleh Malaysia Airlines bukanlah syarikat penerbangan tambang murah.

Namun begitu, harga tiket Malaysia Airlines masih mampu milik dan relevan mengikut destinasi.

Selain itu, Malaysia Airlines sangat menjaga reputasinya sebagai sebuah syarikat penerbangan kebangsaan.

Servis atau perkhidmatan yang ditawarkan sangat bagus bermula daripada layanan anak kapal, persediaan di atas pesawat, hospitality, khidmat pelanggan yang cekap dan mesra pelanggan dan banyak lagi menjadikan penerbangan bersama Malaysia Airlines sangat memuaskan. 

Isu utama yang sentiasa dititikberatkan oleh pelanggan adalah isu kekerapan penundaan waktu penerbangan yang ditetapkan, kadar pembatalan penerbangan dan pertukaran pesawat.

Perkara-perkara seperti ini akan menjejaskan reputasi sesebuah syarikat penerbangan. Akan tetapi, Malaysia Airlines sangat mementingkan kepuasan penumpang. Isu seperti tersebut sangat jarang untuk berlaku.

Ini faktor utama yang dilihat oleh penumpang untuk memastikan perjalanan mereka berjalan dengan lancar.

Malaysia Airlines vs Singapore Airlines vs Emirates

Setiap syarikat penerbangan di dunia mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing termasuklah Malaysia Airlines, Singapore Airlines, Air Asia, Qatar Airways, Emirates dan Thai Airways.

Kesemua pesawat-pesawat ini membawa identiti yang berbeza.

1. Penerbangan Mas Airline

Pertama, Malaysia Airlines merupakan pesawat yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan Malaysia.

  • Hospitaliti dan keselesaan yang ditawarkan memenuhi kehendak dan kepuasan penumpang bermula dari pembeliaan tiket, ketepatan waktu penerbangan, keselesaan di dalam pesawat, layanan anak kapal dan sewaktu dengannya.
  • Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan segala khidmat yang disediakan

2. Flight Singapore Airlines

Singapore Airlines merupakan syarikat penerbangan Singapura yang tersenarai sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia oleh Skytrax.

  • Ia juga syarikat penerbangan yang berada di kedudukan keempat di antara 10 syarikat penerbangan terbaik termasuklah Qatar Airways dan Emirates.
  • Hub utama syarikat ini ialah di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi. Singapore Airlines ini menerbangkan penumpang ke 78 destinasi yang merangkumi 5 benua.
  • Fasiliti, hospitality dan khidmat pelanggan yang sangat cemerlang menjadikan Singapore Airlines antara yang terbaik.
  • Boeing dan Airbus yang dimiliki oleh Singapore Airline boleh menampung hampir 200 penumpang di dalam satu pesawat.
  • Ia juga menawarkan 5 kelas perkhidmatan iaitu Suite, Kelas Pertama, Kelas Perniagaan, Kelas Ekonomi Premium dan Kelas Ekonomi dengan kadar harga dan keselesaan yang berbeza.

3. Flight Emirates

Emirates merupakan syarikat penerbangan yang dimiliki oleh kerajaan Dubai dan juga tersenarai antara syarikat penerbangan terbaik dunia dan terbesar di Timur Tengah.

  • Emirates ini menawarkan penerbangan ke 152 destinasi yang domestik dan antarabangsa.
  • Emirates juga cekap dalam mengawal trafik udara, menjadikan keselematan penumpang sebagai keutamaan, menyediakan keselesaan kepada penumpang dari pelbagai kelas, melancarkan program “ketibaan yang disesuaikan” bagi menjamin ketepatan waktu penerbangan, khidmat pelanggan yang mantap dan sistem penerbangan yang canggih.
  • Harga tiket bagi penerbangan bersama Emirates agak tinggi dan hanya menjadi pilihan golongan atasan sahaja.
  • Boeing dan Airbus Emirates dibahagikan kepada 4 kabin yang berbeza dan menjanjikan keselesaan dan kemewahan dalam setiap kabin.

Malaysia Airlines vs Air Asia vs Thai Airways vs Qatar Airways

1. Thai Airways

Thai Airways yang dimilik oleh Thailand yang menerbangkan penumpang melalui jalan udara ke 101 destinasi.

  • Kepakaran dari segi operasi, pemasaran dan pengurusan yang professional menjadikan Thai Airways menjadikan ia penerbangan nasional Thailand yang terbaik.
  • Boeing dan Airbus Thai Airways terbahagi kepada 3 kabin yang berbeza termasuklah Kelas Pertama Diraja, Kelas Sutera Diraja dan Kelas Ekonomi yang membawa ciri-ciri yang memberi kepuasan kepada pelancong. 

2. Qatar Airways

Secara tuntasnya, setiap syarikat penerbangan menawarkan perkhidmatan yang berbeza.

Untuk keselesaan dan kemewahan, pastinya Emirates dan Qatar Airways menjadi pilihan, namun jika melihat dari sudut kewangan, Air Asia menjadi pilihan rakyat marhaen.

Walaubagaimanapun, jika dilihat dari sudut pandang di antara keenam-enam pesawat ini, Qatar Airways merupakan syarikat penerbangan terbaik di antara syarikat penerbangan yang lain.

3. Kapal Terbang Malaysia Airlines vs Airasia

Air Asia merupakan syarikat penerbangan tambang murah milik Malaysia.

Ia membuat penerbangan domestik dan antarabangsa ke 165 destinasi termasuklah 14 negeri di Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Maldives, Hong Kong, Turkiye dan banyak lagi.

  • Berteraskan slogan “Everyone can fly” menawarkan perjalanan udara dengan kadar harga yang rendah berbanding syarikat penerbangan lain.
  • Ianya juga pernah dinobatkan oleh The New York Times sebagai syarikat penerbangan tambang rendah di Asia.
  • Bila sebut soal tambah rendah, maka khidmat pelanggan yang disediakan juga setaraf dengan harganya.
  • Isu kelewatan dan pembatalan penerbangan sering menjadi buah mulut masyarakat sehingga menelan kos kerugian yang tinggi.
  • Walaubagaimanapun, sesuai dengan slogannya menyebabkan penerbangan bersama Air Asia membolehkan rakyat marhaen juga mampu terbang seperti mana yang lain. 

Soalan Lazim & FAQ

Apa Itu Masairlines

Masairlines atau Malaysia Airlines merupakan sebuah syarikat penerbangan nasional yang diwujudkan pada 1 Mei 1947 yang dikenali dengan nama Malayan Airways.

Pada 1 Oktober 1972, syarikat penerbangan ini mula beroperasi sebagai Malaysia Airlines disebabkan oleh Singapura keluar daripada Persekutuan Tanah Melayu.

2. Di mana hub Mas Airlines

Hub utama Malaysia Airlines ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang membuat penerbangan ke 55 destinasi termasuklah penerbangan domestik dan antarabangsa melibatkan negara-negara Asia, Ocenia dan Eropah. 

3. Adakah Firefly, MASwings dan MASkargo anak syarikat MAS?

Ya. Firefly, MASwings dan MASkargo kini merupakan anak syarikat kepada Malaysia Airlines yang memberi keuntungan hampir RM18 juta setahun.

Ini kerana syarikat ini menerbangkan lebih 40,000 penumpang sehari ke pelbagai destinasi.

3. Punca mas airline rugi dalam bisnes penerbangan mereka?

Persaingan telah wujud dalam industri pengangkutan udara pada tahun 2013 yang melibatkan Air Asia dan Lion Air yang menyebabkan Malaysia Airlines menanggung kerugian yang besar.

Bukan itu sahaja, sejarah mencatatkan tragedi hitam melibatkan kehilangan MH370 dan MH17 pada tahun 2014 melemahkan operasi penerbangan Malaysia Airline, sekali gus syarikat ini menanggung kerugian amat besar.

Pada tahun 2020, wabak Covid-19 sekali lagi mengganggu gugat syarikat ini sehingga menjadi buah mulut masyarakat bahawa Malaysia Airlines bakal menggulung tikar.

P/S : Diharapkan tips bantu anda dapat harga tiket malaysia airline / malaysia airline yang murah semasa promotion ini. Jikalau anda mahu share tips hebat ini, dipersilakan!

PP/S: Pelbagai strategi telah diwujudkan bagi menaiktaraf Malaysia Airline agar ia tetap menjadi kebanggaan negara Malaysia.

Malaysia Airline juga pernah mencipta sejarah di mana syarikat penerbangan ini pernah dinobatkan sebagai syarikat penerbangan 5 bintang di dunia oleh Skytrax dan mendapat pengiktirafan penganugerahan perlancongan dunia sebagai Asia’s Leading Airline.

Syarikat Malaysia Airlines ini juga merupakan salah satu 8 syarikat penerbangan yang setaraf dengan All Nippon Airways, Garuda Indonesia, Qatar Airways, Singapore Airlines, Asiana Airlines, Hainan Airlines dan Cathay Pacific.

Kejayaan demi kejayaan telah dicipta oleh Malaysia Airlines walaupun dilanda pelbagai rintangan di mana sehingga kini menjadi pilihan penerbangan terbaik bagi rakyat Malaysia.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia