BREAKING NEWS : Berita Terkini Krisis Menteri Besar Selangor... SEMAK BERITA SINI!

Berita Terkini MH370 Hilang 2014






Berita Terkini MH370 Hilang 13 Mac 2014 : Kronologi & Gambar Eksklusif?

Semak Kronologi Terlengkap MH370 (8 Mac - Terkini) : KLIK SINI

Hilang Mh370

Berita Terkini MH370 Hilang 13 Mac 2014. Kronologi & Gambar Eksklusif :  Seperti biasa misi mencari pesawat MH370 hilang walaupun masih lagi menemui jalan buntu ketika sudah menginjak ke hari yang keenam tetapi usaha mencari tetap diteruskan malah dipertingkat lagi.

Sebarang tanda mengenai kedudukan & lokasi terkini kapal terbang MH370 hilang masih lagi gagal dikesan dan terus menjadi misteri dan kebingungan dikalangan pakar-pakar yang terlibat dalam operasi kali ini

Kronologi Berita Terkini MH370 Hilang 13 Mac 2014

  • Laporan berita CNN melaporan bahawa satelit negara China mendakwa menemui tiga objek terapung di perairan Laut China Selatan, dipercayai mempunyai kaitan dengan MH370 hilang
  • Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menghantar pesawat pelbagai guna Bombadier ke Laut China Selatan untuk mengesahkan penemuan
  • Laporan berita Reuters memetik kenyataan Ketua Penerbangan Awam China, Li Jianxiang yang berkata tidak ada bukti tiga objek terapung yang dikesan satelit China di laut China Selatan
  • Pemangku Menteri Pengakutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sahkan bahawa tiada objek ditemui, tegaskan bahawa maklumat yang tidak disahkan hanya akan menjejaskan dan melambatkan operasi pencarian dan penyelamatan
  • Hishamuddin juga menafikan laporan berita terkini yang mengatakan pesawat MH370 hilang berkemungkinan terbang selama empat jam dari lokasi dan waktu terakhir ia dikesan
  • Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta semua pihak supaya tidak menunding jari menyalahkan sesiapa berhubung kehilangan pesawat MH370 hilang kerana ia tidak membantu merungkaikan misteri kehilangan kapal terbang MAS Mh370 Malaysia Airlines.
  • Latar belakang lelaki etnik Uyghur yang menaiki penerbangan Mh370 menjadi tumpuan siasatan Polis Diraja malaysia (PDRM) dan INTERPOL berbanding penumpang lain
  • Menteri Dalam Negeri Datuk Seri zahid Hamidi berkata tiada tindakan tata tertib terhadap empat pegawai imigresen yang bertugas sewaktu memeriksa dua individu yang menggunakan passport curi kerana telah mengikut Standard Operasi dan Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan
  • Malaysia Airlines (MH) akan henti penggunaan kod pesawat MH370 dan MH371 untuk laluan penerbangan Kuala Lumpur – Beijing – Kuala Lumpur

Gambar Berita Terkini MH370 Hilang 13 Mac 2014

{ 0 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini…(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)