Kegawatan Ekonomi Malaysia: Krisis Kemelesetan

Kegawatan Ekonomi: Adakah Negara Bakal Berlaku Kemelesetan Malaysia 2022

kegawatan ekonomi malaysia 2022

Kegawatan in english adalah economic downturn. Bunyinya macam mengerunkan bukan?

Ramai yang bertanya kepada Mypt3 adakah akan berlaku kegawatan ekonomi 2022? Jika anda sedang mencari kerja, boleh cuba dulu rujuk contoh resume terbaik untuk cari kerja dalam bahasa melayu

Sekurang-kurangnya dengan maklumat yang kami kongsikan ini termasuk maksud kegawatan melibatkan ekonomi akan membantu anda merancang kewangan anda untuk sepanjang tahun 2022. Boleh juga apply bantuan kerajaan melalui semakan ekasih

Yang bertanya samada akan berlaku atau tidak salah sebenarnya. Ini kerana masing masing melahirkan kerisauan melihatkan kejatuhan ringgit Malaysia yang semakin menjadi-jadi, kejatuhan harga minyak terkini yang negara Malaysia amat bergantung harap, kemelesetan, dan lonjakan kos sara hidup yang masih lagi tidak menampak tanda tanda untuk pulih serta banyak aktiviti perdagangan di seluruh dunia terjejas dek kerana wabak COVID 19. Hakikatnya, harga emas terkini tetap stabil

Kegawatan Ekonomi Malaysia 2022?

Jawapan Mypt3. YA. Hampir pasti akan berlaku kegawatan pada ekonomi tahun 2022. Yang mana sekarang kita sudah pun mengalami sedikit demi sedikit kemelesetan ekonomi.

Jangan tunggu sehingga berlaku krisis kegawatan baru mahu tersedar.

Malah seluruh dunia telah diberi peringatan termasuk Ketua Ekonomi Financial Times (Portal Ekonomi & Perniagaan Berpengaruh di Dunia) yang mana kegawatan pada ekonomi dunia kali ini adalah yang terburuk sejak Great Depression 1930

BACA SINI: Harga sawit terkini

YouTube video

YouTube video

Sejarah Kemelesetan Ekonomi Malaysia Sejak 1970 Hingga Sekarang

TAHUNFAKTOR & FAKTA
1970Pertama dalam sejarah ekonom, negara kita mengalami krisis ekonomi
1974Akibat Yom Kippur 1973 melibatkan Israel dengan Mesir, menyebabkan pasaran minyak dunia mengalami kejutan
1978Kejutan pasaran minyak dunia akibat Revolusi Iran
Harga Komoditi jatuh teruk termasuk minyak
1985Dunia telah mengalami kelembapan dunia sehingga mengheret Harga komoditi dunia seperti petroleum, kelapa sawit dan juga timah jatuh teruk
1997Malaysia telah diserang penyangak matawang iaitu George Soros sehingga mengakibatkan bursa Malaysia pada masa itu KLSE menjunam dari 1200 kepada hanya 600 mata sahaja.
Dan nilai Ringgi Malaysia merudum kepada RM4.10 untuk setiap Dolar Amerika berbanding RM2.50 sebelum itu
2008Negara kita hampir-hampir sahaja terjerut masalah kegawatan tetapi berjaya mengatasi dengan jayanya atas tindakan pantas kerajaan & pihak Bank Negara
2020NANTIKAN!
Dua belas tahun selepas tahun 2008, ekonomi kita akan teruji lagi selepas ini.

Faktor Krisis Ekonomi

Antara faktor kemelesetan ekonomi ialah

  1. Fasa AWAL, krisis ekonomi dunia dan kelembapan ekonomi sedang berlangsung. Di mana Pengaruh Urusan IMF, Kristalina Georgieva telah mengistiharkan dunia sedang mengalami kemelesetan.
  2. ‘The Great LockDown’ susulan pandemik COVID 19 yang telah menyebabkan pertumbungan perdagangan dan aktiviti ekonomi serta uruniaga di seluruh dunia terjejas teruk
  3. Kadar faedah Amerika Syarikat sekarang ini oleh Bank Pusat mereka FEDERAL RESERVE iaitu 0.25 peratus suatu kadar yang terendah yang pernah mereka capai dahulu pada ketika krisis subprima tahun 2008/2009
  4. Permintaan dalam negeri dan eksport yang terus lemah
  5. Kadar pengangguran di Malaysia terus melonjak tinggi. 620,000 pada ketika ini, dijangka akan terus meningkat naik selepas ini
  6. Punca dan faktor juga bermulanya kemelesetan adalah disebabkan hutang yang tinggi. Hutang isi rumah di Malaysia sahaja antara tertinggi di Asia. Jika hutang terus tidak terkawal dek kerana masalah kena buang kerja & ketidakupayaan membayar pinjaman bank, ia mempercepatkan lagi krisis ekonomi terutamanya selepas tamatnya tempoh moratorium pinjaman bank iaitu pada 30 September 2020 ini.
  7. Harga minyak dunia di paras yang rendah dek kerana permintaan global yang terus melemah
  8. NAH, ini indikator paling penting iaitu pengumuman Suku pertama KDNK Malaysia adalah 0.7 peratus. Tetapi itu hanya meliputi sekitar 10 HARI SAHAJA tempoh PKP yang dijalankan sebelum ini. Berapa agaknya suku kedua KDNK dengan tempoh PKP yang berjalan selama 2 bulan lamanya?

Ini Penjelasan Tokoh Ekonomi Tersohor Negara, Professor Emeritus Dr. Zakariah Abdul Rashid:

  • Beliau jangka pertumbuhan ekonomi atau KDNK bagi SUKU KEDUA 2020 akan NEGATIF
  • Beliau juga bukan sahaja sukuan sahaja NEGATIF, tetapi untuk keseluruhan pertumbuhan ekonomi kita tahun 2020 adalah NEGATIF
  • Malah beliau berkata lagi, jikalau SUKU KETIGA KDNK masih NEGATIF lagi, ini bermakna SAH, Malaysia sedang memasuki krisis ekonomi malaysia iaitu (2 kali berturut setiap suku KDNK NEGATIF = kemelesetan)
SUKUTEMPOH BULANTARIKH PENGUMUMANKADAR KDNK
PertamaJanuari Hingga Mac 202013 MEI 20200.7 peratus
KeduaApril Hingga JunOGOS 2020/
KetigaJulai Hingga September 2020NOVEMBER 2020/
KeempatOktober Hingga Disember 2020FEBRUARI 2021/

kemelesetan ekonomi

Kesan Kegawatan Ekonomi Malaysia

Antara kesan kegawatan untuk ekonomi ialah

  1. Permintaan pada eksport Malaysia berkurang. Kilang kilang akan banyak ditutup
  2. Ramai yang kena buang kerja. Jumlah penganggur semakin melonjak tinggi
  3. Inflasi malaysia semakin meningkat (kos sara hidup turut terlonjak sama)
  4. Lebih banyak yang tidak dapat membayar pinjaman perumahan atau housing loan
  5. Jumlah lelong terus melonjak tinggi sehingga beri kesan kepada sistem pembankan dalam negara kita
  6. Permintaan untuk berbelanja dikalangan rakyat Malaysia semakin merosot dengan teruk

Langkah Mengatasi Masalah Ekonomi di Malaysia

Ada banyak cara mengatasi kegawatan melibatkan ekonomi malaysia

  1. Meningkatkan pembelian beli barang buatan Malaysia
  2. Teruskan berbelanja tetapi secara berhemah, supaya kegiatan ekonomi dapat diteruskan
  3. Kerajaan perlu meneruskan pemberian insentif tunai bagi memastikan aktiviti ekonomi terus berjalan & rancak di serata tempat dan pasaran ekonomi
  4. Meneruskan tempoh moratorium pinjaman bank tetapi kali ini hanya untuk golongan yang bakal terjejas teruk sahaja
  5. Rakyat Malaysia perlu lebih banyak melancong dalam negara Malaysia buat masa ini apatah lagi dengan kekangan untuk bergerak ke luar negara susulan pandemik COVID 19
  6. Kita mesti mulakan pelan daripada sekarang menyediakan bahan makanan dalam negara bagi mengurang kebergantungan import dari negara luar
  7. Elakkan terus berbelanja dengan menggunakan kad kredit atau pinjaman peribadi untuk berbelanja untuk perkara yang bukan keperluan mendesak
  8. Kepada golongan ahli politik di Malaysia, hentilah polemik politik dan perebutan kuasa terlalu lama sehingga menjejaskan pentadbiran kestabilan negara Malaysia
  9. Pastikan simpanan anda mencukupi utnuk menghadapi hari-hari mendatang yang getir

Semoga dengan langkah mengatasi kegawatan ekonomi, negara kita akan kembali rancak selepas ini

SUMBER: https://www.theedgemarkets.com/article/malaysia-will-face-recession-if-partial-lockdown-extended-mier-warns

Soalan Lazim & FAQ

1. Adakah Malaysia akan gawat?

Anda boleh semak semula jawapan & penjelasan yang telah dikongsikan bahagian di atas ini

P/S: Sebenarnya yang paling penting jangan ditakutkan sangat dengan masalah gawat ini, TETAPI yang penting apa persediaan untuk diri kita semua dan bagaimana kita bangkit daripada masalah gawat ini. Berdasar rekod, kerajaan kita berjaya menyelesaikannya.

PP/S : Kongsikan artikel berkaitan kemelesetan & krisis kegawatan ekonomi malaysia kepada kenalan rapat & ahli keluarga terdekat anda di Facebook dan Whatapps untuk manfaat dan peringatan bersama. Dipersilakan

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.


Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia