BREAKING NEWS : Berita Terkini Krisis Menteri Besar Selangor... SEMAK BERITA SINI!

Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Analisa Kapten Nik Huzlan





Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Ini Analisa Terperinci Kapten Nik Huzlan Berkenaan 2 Objek di Lautan Hindi!!

terkini pesawat mh370

Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang. Ini Analisa Terperinci Kapten Nik Huzlan Berkenaan 2 Objek di Lautan Hindi : Satu nama yang cukup popular disebalik tragedi MH370 selain daripada seorang lagi kapten terkemuka (SEPERTI BELIAU)

Sekali lagi Kapten Nik Huzlan menjadi watak penting memberikan penerangan yang mudah kepada seluruh rakyat Malaysia untuk difahami disebalik apa yang dikatakan penemuan “luar biasa” pasukan Australia mencari pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS melalui kaca beliau sebagai orang yang cukup berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia penerbangan.

Dan Datuk Kapten Nik Huzlan telah pun dipanggil sekali lagi ke TV3 untuk ditemuramah pemberita sebentar tadi tentang penilaian & keyakinan Datuk Kapten Nik Huzlan yang mana berita MH370 terkini pesawat MH370 Hilang melibatkan penemuan 2 objek yang dijumpai di kawasan perairan berdekatan Perth Australia di selatan Lautan Hindi adalah sebahagian daripada rangka pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS.

Apa kata Datuk Kapten Nik Huzlan?

Inilah dia

Berita Semasa ingin tegaskan di sini, ini adalah pendapat peribadi Datuk Kapten Nik Huzlan semata. Mungkin ada benarnya, mungkin tidak. Antara beberapa aspek yang diperhalusi Datuk Kapten Nik Huzlan mengenai pengumuman Perdana Menteri Australia sebentar tadi (BREAKING NEWS DISINI), terdapat beberapa “point” yang cukup menarik yang boleh dikongsikan bersama di sini. Antaranya ialah :

Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Analisa Kapten Huzlan VS Pengumuman Tony Abbot

  1. Perdana Menteri Australia, Tony Abbot mengumumkan dengan cukup berkeyakinan di hadapan ahli parlimen Australia
  2. Tidak cukup lagi, disertakan pengumuman Pihak BerkuasaKeselamatan Australia (AMSA) menunjukkan bukti yang cukup spesifik termasuklah peta, koordinat dan dimensi panjang objek.
  3. Malahan, pengumuman dan penemuan kali ini lebih jelas dan spesifik tanpa sebarang konflik info. Sehinggakan wartawan terpinga-pinga & kelu seribu kata untuk bertanya lebih lanjut kerana semua persoalan yang biasa berbangkit telah pun dijelaskan terlebih dahulu
  4. Berdasarkan rekod, negara Australia terkenal dengan profesionalismnya. Australia yang dikenali dunia kerana memiliki pakar-pakar dalam setiap bidang (Subject Matter Expert). Mereka ini, sama sekali tidak akan memaklumkan kepada Perdana menteri Australia mereka sekiranya bukti yang dimiliki belum benar-benar kukuh.
  5. Penilaian Datuk Kapten Nik Huzlan diperkuatkan lagi dengan rekod akauntabiliti & kredibilit pasukan SAR AUSTRALIA amat tinggi walaupun meletakkan info “kemungkinan”
  6. Australia sanggup menggunakan Pesawat Pengesan seperti P-3 Orion yang mana menunjukkan penemuan itu amat kukuh.

pesawat mh370

Berita MH370 Terkini Pesawat MH370 Hilang : Lagi Perkongsian Kapten Nik Huzlan

Pemberita TV3 juga sempat bertanya persoalan berkisah tentang apakah sebenarnya objek pada bahagian pesawat tersebut? Ini antara jawapan Kapten Nik Huzlan :

  • Dimensi objek 24 Meter.
  • Sama ada sayap kiri, kanan atau ekor pesawat (Pengimbang pesawat)
  • Ini berikutan imej berbentuk persegi
  • Sekiranya berlaku soft landing, berkemungkinan besar objek itu ialah ekor pesawat yang patah ketika mencecah lautan
  • Pakar Oceanografi akan melihat pergerakan arus untuk mengagak pergerakan bangkai rangka pesawat
  • Pesawat dan bangkai yang ditemui berkemungkinan berjauhan kerana dibawa arus selama 13 hari. Tambahan lagi, minyak akan habis apabila melihat kepada jarak penemuan.

Walaubagaimanapun merujuk kepada perkembangan berita MH370 terkini pesawat MH370 hilang berdasarkan penemuan 2 objek di selatan Lautan Hindi, Kapten Nik Huzlan sekali lagi menegaskan ia adalah merupakan permulaan yang baik bagi operasi SAR mencari pesawat MH370 hilang yang menjadi misteri selama ini.

Dan penemuan terbaru ini, Kapten Nik Huzlan simpulkan sebagai “BAB 1 – Penemuan“. Menurut Kapten Nik Huzlan lagi, akan ada banyak lagi Bab-Bab lain menyusul seperti pencarian bangkai pesawat MH370 hilang, kos dan siasatan tragedi MH370.

{ 58 Pendapat Bernas… Dikongsikan Setakat ini. Komen Anda Pula? }

  • Panchor March 20, 2014, 7:43 pm

    Boleh tak kita propose Kapten Huzlan jadi Menteri Pengangkutan or anything related. Orang mcm ni la yang kita nak who knows his subject matter well. Bukannya Isapmuddin

    Balas Komen Ini
    • Laser March 20, 2014, 7:49 pm

      Tula….patut orang mcm ni jadi sebahagian dari penyiasatan. Kan?

      Balas Komen Ini
    • lyne March 20, 2014, 8:41 pm

      saya memang ‘salute’ datuk…

      Balas Komen Ini
    • Stuwie March 21, 2014, 2:34 am

      Cadangan yang cukup bagus, tuan. Saya setuju. Tapi pada pendapat saya, Hishamuddin nampak lebih cool, mungkin dari pengalamannya dalam isu Lahad Datu.

      Balas Komen Ini
    • jackasd March 21, 2014, 6:34 am

      Kau ni pon fakta tu biar betul. Hishamuddin tu pemangku menteri pengangkutan je. MCA Kan tolak nak letak menteri d federal gov

      Balas Komen Ini
    • Tasya March 21, 2014, 6:39 am

      Mungkin die sgt arif pasal kapal terbang je bcs he was a pilot before.. Masing2 ada kelebihan masing2… Ckp guna otak sikitlah..

      Balas Komen Ini
    • bawang merah March 23, 2014, 6:40 pm

      INGAT PENGANGKUTAN TUE FLIGHT JER KER? KALU KERETAPI/LRT SAPE NK JAWAP? DPT KER KEPTEN HUZLAN TUE JAWAP?

      Balas Komen Ini
  • Liliy March 20, 2014, 7:48 pm

    terbaik datuk. saya mmg minat dgn style datuk bagi xplanation
    Best…….experienced pilot…terbaik..bolih cayalah. .

    Balas Komen Ini
  • Hanzalah March 20, 2014, 7:56 pm

    kalau korang nak tahu, kapten nik ni, orang kelantan. Rakyat kelantan ramai yg jadi pilot…termsk captain nik ….walaupun rakyat kelantan dihina dikeji tetapi rakyat kelantan tabah menghadapinya..

    Balas Komen Ini
    • niks March 20, 2014, 8:42 pm

      Demo ni kecek gapo.weh…..x soh lh nok banggo sgt..ke ke timbul riok pulok….immm demo tu.amno.buleh baco doh…

      Balas Komen Ini
    • Anonymous March 20, 2014, 8:49 pm

      tibe2 kuar plak orang kelantan…mcm bdk2 si Hazzalah ni..org dok riso pasal MH370 die heboh dgn org kelantan die..ye org kelantan pling power dlm dunia…puas?hahah….mcm2 hal la dunia…

      Balas Komen Ini
    • Teko March 21, 2014, 1:47 am

      Nak jugak bagitau dia tu orang keliatiandek (kelantan)..udah2 ler…yang sekarang ni orang nak cari kopal terobang, bukan nak tahu dia asal negeri maner..aduuh..memang keliatiandek betul la..

      Balas Komen Ini
    • Azlan Shah Rahman March 21, 2014, 1:49 am

      Sakai lah kau. Orang sibuk risau pasal MH370 kau sibuk pasal Kelantan kau. Patutlah orang gelar ‘Negara’ Kelantan bukan Negeri Kelantan.

      Balas Komen Ini
    • Anonymous March 21, 2014, 1:53 am

      Meme betul boh..hari tu ado yg hino ore kito.kemah keming boh.

      Balas Komen Ini
      • bakhtiar March 21, 2014, 11:03 am

        sy rase kpt nik pun apebila bagi komen xbermegah dia org negeri mane..

        Balas Komen Ini
    • Stuwie March 21, 2014, 2:35 am

      Saya pun orang Kelantan, tapi tak de lah sampai macam ni, tuan.. cool lah. Orang negeri lain pun ramai juga pilot.

      Balas Komen Ini
    • ingintahu March 31, 2014, 8:35 pm

      ape la ko ni .. xg skolah ke?? kalau betul la kelantan ko tu bagus,KENAPA TAK MAJU MCM NEGERI LAIN??? cakap mcm budak2 je ko tu.. ,kerana ko sorng,HABIS SEMUA ORG2 KELANTAN YANG DAPAT MALU sbb kenyataan ko tu…

      Balas Komen Ini
      • iceman April 10, 2014, 11:50 pm

        kerja kilang pun orang kelantan?cuci bangunan,cuci kereta,apa2 sahaja orang kelantan …..semua orang kelantan……orang lain tak sekolah?lain orang bincang,lain dia cakap????

        Balas Komen Ini
  • erine sofea March 20, 2014, 8:14 pm

    Good looking pulak tu.. :)

    Balas Komen Ini
  • AbgDie March 20, 2014, 9:06 pm

    Bahasanya mudah difahami. Penjelasan diiringi hujjah… memang respect abis kat kapten Nik Huzlan

    Balas Komen Ini
    • Anonymous April 7, 2014, 3:35 pm

      Lantik. Ceo mas ganti. Jauhari

      Balas Komen Ini
  • asz78 March 20, 2014, 9:29 pm

    aku sokong, tip top kapten nik ni……

    Balas Komen Ini
  • Raudzah March 20, 2014, 9:34 pm

    Expaination dia masuk akal & senag nak faham…semoga pencarian MH370 bakal berkhir.

    Balas Komen Ini
  • abd halim March 20, 2014, 9:46 pm

    semoga tabah dalam hadapi dugaan dan teruskan usaha.

    Balas Komen Ini
  • orgkg March 20, 2014, 10:29 pm

    if you dont see it, it is not confirmed..so jgn berharap sgt sehinnga terbukti..

    Balas Komen Ini
    • Datu Nuar Berahi-m Kiram March 21, 2014, 10:04 am

      tu la dinamakn harapan…
      xkan wat x reti jer…
      adoyai….

      Balas Komen Ini
  • khairi March 20, 2014, 11:49 pm

    Kitaa berdoa semoga. Semua kebenaran dpt dibuktikan.

    Balas Komen Ini
  • pilotpencen March 21, 2014, 8:57 am

    memanglah dia boleh explain dgn baik sebab pengalaman profesionalnya.Hisamudin tu bukan pilot dia politik.kan beza tu.kalau bagi pilot pencen tu duduk tempat Hisamudin dan kena asak dgn wartawan luar negeri aku rasa dia pun gagap juga.jangan cakaplah dia tu hebat sangat……

    Balas Komen Ini
    • Anonymous March 21, 2014, 9:05 am

      org macam kapten nik tu org bebas boleh cakap dan bagi macam2 teori.Hisamudin tu jadi jurucakap kerajaan jadi kena hati2 kluar statement bukan teori.silap cakap kena pusing dengan reporter luar negeri ni.

      Balas Komen Ini
      • bakhtiar March 21, 2014, 10:57 am

        betul hishamuddin ade banyak perkara perlu diperhalusi..dia menteri ,cakap dia mewakili kerajaan Malaysia bkan individu..

        Balas Komen Ini
  • Atuk March 21, 2014, 9:16 am

    Klu betul itu dari serpihan MH370 …
    Innalillah … semuga roh nya di tempatkan bersama org2 yg beriman … amin

    Balas Komen Ini
  • bakhtiar March 21, 2014, 10:52 am

    sy suka kpt nik nie dia bagi komen ikhlas mengikut pengalaman beliau..tapi xlah sampai keperingkat boleh jadi penganti pemangku menteri pengangkutan..banyak lagi perkara dia perlu ade untk itu..

    Balas Komen Ini
  • PTD March 21, 2014, 3:02 pm

    diharap penemuan ini dapat membuat kesimpulan dan penutup cerita terhadap tragedi ini supaya “pakar-pakar navigasi” yang terlalu ramai di malaysia ni dapat menutup mulut, serta dapat menghentikan tangisan-tangisan warga china yang dari awal sehingga kini ada je benda yang dia tak puashati dengan usaha gigih kerajaan malaysia menjalankan misi mencari dan menyelamat ini. apa yang aku lihat warga china ni ibarat lebih sudu dari kuah, dah diberi penginapan percuma, makan percuma, pengangkutan percuma, masih lagi nak berdrama itu dan ini, siap buat kain rentang ibarat “attention seeker” merempuh masuk ke sidang akhbar. takda adab dan takda hormat langsung walhal berpijak di negara orang lain ni. dalam suratkhabar pun bukan main hebat lagi drama dan mimik muka masing-masing kononnya dia seorang saja yang bernasib malang yang kehilangan ahli keluarga, macam la orang lain tak ditimpa musibah, macam la orang lain tak buat apa-apa untuk menjalankan usaha mencari dan menyelamat.

    nasib baik la pihak berkuasa ni taknak banyak cerita. dilayan saja karenah kebudak-budakan dan “kuat drama” warga china ni. walhal kalau mereka ni di negara lain, sebagai contoh di eropah mahupun amerika, silap-silap dah dihalau balik sebab buat kecoh. orang dah tolong, ucaplah terima kasih, bukannya menyalak tak tentu hala.

    Balas Komen Ini
    • Anonymous March 22, 2014, 1:22 am

      derang tuh mna der nk reti bradap! dok mkn xxxx jer slalu tuh yg rupa pun dh mcm xxxx, prangai pun srupa itu xxxxx!

      Balas Komen Ini
    • yazid March 22, 2014, 2:09 pm

      tul tuh bro skang nih pruntukan/blanja mgurus mot dh susut kaw2 nyer siap guna duit agensi bawah dia cam jpj/dca/maritime/jkjr & lain2 tuh sume terjejas. nak wat ot claim, mileage claim pun xde duit dh, ganti dgn cuti jer. nih sume dok nk support china2 bangang yg xreti trima kasih dpt dok hotel free makan berak kencing sume free tuh. mmg dasar bangsa yg ‘nmpk hebat dr segi material’ tp ‘otak low classsss’.

      Balas Komen Ini
    • N11 March 23, 2014, 4:22 pm

      huhu ade rupa nyer ptd yg bc portal ala2 ‘red bean army’. igtkan sume ptd nih barua k’jaan bn jer. tp lu nyer gaya bhsa mmg stail ptd ler. kta mmg perlukan rmai ptd yg leh support pr utk tumbangkn k’jaan bn!

      Balas Komen Ini
  • Anonymous March 21, 2014, 3:03 pm

    Ape2 pn smuanya adalah andaian dan ramalan yg masih jadi tanda tanya sehinggalah terjumpanya pesawat tersebut.

    Balas Komen Ini
  • x March 21, 2014, 6:45 pm

    mh370 mungkin berada di Shenzen atau pun Hong Kong

    Balas Komen Ini
    • x March 22, 2014, 2:45 pm

      PM malaysia dijangka akan berada di HK dalam masa terdekat.

      Balas Komen Ini
      • x March 24, 2014, 6:52 pm

        pesawat ke2 akan dihantar untuk mengambil penumpang malaysia.

        Balas Komen Ini
  • Nonparty March 21, 2014, 10:41 pm

    so tricky and weird. How do the minister so sure that sar should be in sea? Compairing mh370 with fa447 too far too close. Af447 was definate accident because the plane sent stress code and exact location of last known point of contact was above the sea of south america. Debris also found immediately after 5 days. Only black box was found after 2 years due to the difficulties of search in deep sea, but it was known to be there. In mh370 case, we know nothing about the plane crashed into the sea. All rescue efforts done by information given by us. How if we are wrong (or after being prove wrong)? How about search of other corridor search? Just dummy? On my love malaysia, despite claims to be developed country in 2020, spent much monies on brims, fast project on prk promises, etc etc but realistically lack of good governant, lack of resourses to solve crisists involving the people and country safety. Our minister look like a small boy crying for help when his toy gone missing. Ironically, to sign of falling, no radar tracked the plane, to ransom claimed and so on. So it shows to something, blackmailing. Go back to root cause of possibility. Who will gain the most benefic and who will most effected? Just think..and start working on it.

    Balas Komen Ini
    • Anonymous April 13, 2014, 9:45 am

      Yea..we knew nothing…as to whether the plane crashed into the sea or not. So, back 2 yur question, how did the minster/PM know..or came into conclusion that the plane went down into southern indian ocean ?

      Kan dia dah kata ..”according 2 the latest satelit data” i.e. Inmarsat (British satelite data) and AAIB (Aviation Accident Investigation…juga British punya)..

      Balas Komen Ini
  • Muhammad haidir b. Ismail March 22, 2014, 5:01 am

    Sy trtanye2 knp ini terjadi keatas sy.sedang kn sy pada waktu itu dalm keadaan dilema.terlalu complek nak sy rumus kn.ade x sesiape yg kcian keatas sy skrng nie….knp 1kate2 mmpu mengubah sluruhnyee.sesunguhnye sy muhammad haidir or ahmad haidir msih lg tertanye2..sekirenye sy tidak diletakn dlm situasi 1 pergi 1 blik.sy yakin otak sy mmpu laluinya dgn bgtu tenang..keadaan sekrng menguji batas pemikiran waras akal sy berfikir..knppp sy?yakin ke sy mmpu galas tugas sebgini rupe??suare anda smua amat sy hargaii..sy hanyee insan yg lemah lg hinee.jgn krne sy hilang melayu dri dunia……………?

    Balas Komen Ini
  • buahpukulmaut March 22, 2014, 9:39 am

    Peristiwa Sept 9/11 mnyatukn rakyat America.Semua melahirkn rasa sympathy kpd mangsa tp dM’sia ada yg ketawa,jadikn bahan lawak dan ada pula mnyamar spt Jay Johari Haram J.Dimana smngat Patriotisma kita.Sertai lah mereka mereka prihatin.STAY UNITE gang…..

    Balas Komen Ini
    • PR March 22, 2014, 12:02 pm

      setakat ada bencana sebegini takkan merubah perilaku mereka. nak tunggu kena jajah dulu seperti portugis menawan melaka, lepastu masuk belanda, lepastu masuk inggeris, jepun dan sebagainya, waktu itulah baru kita semua nak bersatu. tapi terpaksa dibayar dengan perjuangan panjang sebagaimana kita dahulu berjuang 500 tahun lamanya baru merasa merdeka.

      Balas Komen Ini
  • buahpukulmaut March 22, 2014, 9:45 am

    Salute Jasmine Johari…..Haram J….hentikn lah klentong sdari bnyak cara lain nk Famous…..BENGONGGGG…..agak x prnah dpt kasih sayang Mak/Bapak awok ke…..BREYOKKKKK MU

    Balas Komen Ini
  • Amirul n9 March 24, 2014, 8:46 pm

    Ape2 kite sebagai rakyat malaysia yg beragame islam,same2 la kite d0a kn t0k mereka yg berada dlm mh370..wlupn mangse 2 bkn saudare mare kite,tp darah yg mengalir dlm bdn mangse 2 same warne dgn kite.byg kn klu salah s0rg ahli keluarge kite berade dlm 2,cmne agaknye kite??jd besyukur la wahai kwn2 semua..jgn la nk hentam org sane sini.ade baiknye kite berd0a agar misteri ini cpt diselesaikn.aminn….

    Balas Komen Ini
  • Waniey March 25, 2014, 12:34 pm

    Semoga tuhan merahmati MH370 dan keluarga mereka semoga berada dalam keadaan tabah,amin ya rabbal Alamin???-jangan bersedih kerana than selalu ada dengan kita- ingat,tuhan amat sayangkan anda!!!Takziah saya ucapkan kepada keluarga penumpang…..jangan berputus asa,teruskan berdoa…

    Balas Komen Ini
  • GeliGeleman March 27, 2014, 4:27 pm

    Apa kata kalau kita mintak komen Samy Vellu pasal MH370 ni?…kah…kah…kah…

    Balas Komen Ini
  • Suara Rakyat kunak March 30, 2014, 1:23 am

    Bagi pandangan saya secara peribadi, kapal MH370, masih selamat, tunggu masa untuk kembali semula..Walahuallam

    Balas Komen Ini
  • yatiee March 31, 2014, 10:43 am

    mh370 satu kehilangan y misteri, apa sebenarnya y terjd, mungkinkah ada aset lain y mahu memporak-perandakn hub diplomatik Mal dan menjtuhkn ekonomi ng. kesian kerjaan, kos jutaan ringgit trpksa ditanggung, tp masih dipandang serong oleh setegh2 pihak.
    bnyk kemungkinan terpksa dipikir…..
    moga ALLAH mempercepatkn jalan pnyelesaiany…amin

    Balas Komen Ini
  • ABS March 31, 2014, 2:00 pm

    Ulasan kpt Datuk Nik Huzlan mudah difahami oleh semua
    masyarakat m’sia berhubung kehilangan MH370 orang kampung pun mudah faham,saya suka caranya berhuja x macm org lain ,terkial-kial baru nak cara jawapan .Mohon kerjaan pertimbangkan jawatan tertinggi khusnya di Jab.DCA malaysia.

    Balas Komen Ini
  • Epih Taha April 4, 2014, 5:50 pm

    agaknya btul ka kpal mh370 tu terhempas d lautan dan kenapa sukar untuk d cari…

    Balas Komen Ini

Respon Anda? Kongsikan Ulasan Bernas Anda & Berdiskusi Dengan Pembaca Lain Di sini…(Sila BACA DI SINI untuk Syarat2nya Sebelum Berkongsi Komen Anda Di Sini.)