≡ Menu

Berita Terkini Krisis Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Bubar Dun Selangor atau Khalid Terus Kekal MB Selangor. Reaksi Rakyat Selangor?

Berita Terkini Krisis Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim. Bubar Dun Selangor atau Khalid Terus Kekal MB Selangor. Reaksi Rakyat Selangor?

Semua orang sudah sedia maklum, Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR)

berita terkini isu Menteri Besar Selangor

Khalid Ibrahim dipecat PKR, semuanya gara-gara selepas Tan Sri Khalid Ibrahim masih teguh dengan pendiriannya untuk tidak mengosongkan kerusi Menteri Besar Selangor sekaligus tidak memberikan laluan kepada presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri besar Selangor yang baru sekaligus menghangatkan lagi krisis Menteri Besar Selangor yang terus tidak berkesudahan sekarang ini.

Kronologi Berita Terkini Krisis Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim

berita terkini Krisis Menteri Besar Selangor
  • Pukul 8:45 pagi : Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor aka ADUN Pelabuhan Klang, Selangir tiba di Istana Alam Shah
  • Pukul 9:00 pagi : Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di Istana Alam Shah, Klang Selangor
  • Pukul 10:00 pagi : Sultan Selangor mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor bagi membincangkan jawatan Menteri Besar Selangor. Walaubagaimanapun, Khalid Ibrahim tidak menghadiri mesyuarat itu walaupun menjadi ahli atas kapasitinya sebagai menteri besar Selangor.
  • pembubaran dun selangorPukul 12:15 tengahari : Khalid Ibrahim bersantap bersama Sultan Selangor dan ahli Dewan Diraja Selangor
  • Pukul 12:45 tengahari : Khalid Ibrahim terus bergerak meninggalkan Istana Selangor dan menuju ke pejabat Menteri Besar Selangor bagi mengadakan sidang media di mana Khalid Ibrahim bakal membentangkan hasil mesyuarat hampir dua jam yang bermula sejak jam 10 pagi tadi.

Dan melihatkan reaksi wajah ceria Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu keluar di perkarangan pintu Istana Alam Shah Klang Selangor, pastinya sudah ramai dapat menjangka pastinya hasil keputusan perjumpaan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim di istana Selangor bakal berpihak kepadanya.

Berita terkini yang baru sahaja Berita Semasa terima, Sultan Selangor telah pun membuat keputusan dan telah perkenan supaya Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor walaupun dipecat daripada PKR selepas Khalid Ibrahim tampil meyakinkan mendapat sokongan majoriti di DUN Selangor. Apa pula respon balas anda dengan hasil keputusan ini?