Senarai 7 Pekerjaan Dengan Bayaran Gaji Paling Tinggi dan Mahal di Malaysia?

Perisian IT : Purata Gaji Bulanan RM2,452
Oleh kerana Malaysia masih sebuah negara membangun, masih terlalu banyak ruang dan peluang dalam sektor teknologi maklumat (IT) sekarang yang sedang berkembang pesat. Ia adalah industri yang berkembang maju dan telah berjaya menarik minat banyak syarikat-syarikat kecil mahupun syarikat gergasi dalam dan luar negara untuk mencari kalangan fresh graduate yang berbakat dan berkemahiran tinggi dalam bidang IT.
Berita Semasa boleh katakan di sini, disebabkan pasaran yang cukup besar baik dalam dan luar negara, peluang anda bukan sahaja dijanjikan tawaran gaji yang tinggi untuk fresh graduate malahan anda sendiri boleh gunakan kemahiran yang ada untuk dikembangkan melalui perniagaan anda sendiri pada kos permulaan yang minimal dengan potensi yang terhidang cukup besar.
Sains Aktuari : Purata Gaji Bulanan RM2,475
Adakah anda seorang yang bukan sahaja mengejarkan gaji yang tinggi semata tetapi lebih daripada itu, yang mana sangat berminat untuk menimba seberapa banyak ilmu dan belajar segala-galanya bagaimana untuk melabur dengan baik? Jikalau nombor adalah “permainan” anda, dan sangat selesa bermain dengan nombor sepanjang masa maka bidang sains aktuari ini adalah satu bidang yang sangat sesuai untuk anda!
Pasaran yang cukup besar untuk bidang ini. Untuk rekod Malaysia membelanjakan beratus-ratus juta ringgit setiap tahun untuk produk kewangan seperti insurans, pencen, gadai janji dan sebagainya.
Juruterbang Pesawat : Purata Gaji Bulanan RM2,533
Berminat untuk bergelar juruterbang aka pilot? Jika ya, sebenarnya dalam bidang ini yang tidak memerlukan ijazah tetapi memerlukan anda mengikuti kursus dalam akademi penerbangan, banyak pilihan untuk anda samada bekerja di bawah payung Air Asia, Malaysia Airlines, Malindo, Singapore Airlines, Fly Emirates, Qatar Airways dan sebagainya.
Dengan peluang gaji yang tinggi ditambah peluang anda menjelajah seluruh dunia, sememangnya profesion ini cukup popular dan yang menjadi impian ramai.
Walaubagaimanapun, kerja ini memerlukan anda mengeluarkan kos dan modal yang tinggi sehingga ratusan ribu ringgit bagi memastikan anda menjadi salah seorang juruterbang yang bertauliah. Antara pusat akademi penerbangan yang ada di Malaysia termausklah di Malaysia iaitu, Malaysian Flying Academy, Melaka yang bersedia menawarkan kursus Commercial Pilot Licence.
Geofizik : Purata Gaji Bulanan RM2,600
Menggunakan kaedah fizik kuantitatif mengukur untuk mengukur struktur bumi adalah bidang yang dikenali dengan Geofizik. Jika anda seorang individu yang berminat dengan literal Bumi itu sendiri maka pastinya Malaysia masih cukup besar peluang untuk anda meneruskan pengajian anda dalam bidang ini.
Ini kerana Berita Semasa dimaklumkan yang mana Malaysia sekarang ini memerlukan begitu ramai Geofizik.
Tambahan pula dengan isu pencemaran alam semakin meningkat hari ini. Peluang-peluang penerokaan cukup besar bagi bidang berkaitan Geofizik. Siapa kata, bahawa anda tidak boleh mengambil berat isu tentang dunia ini dan dalam pada masa yang sama menikmati gaji yang lebih baik? Nah….inilah peluang profesion yang harus anda pertimbangkan.
Doktor : Purata Gaji Bulanan RM2,719
Profesion kerja doktor tidak perlu diperkenalkan lagi. Satu profesion yang menjadi sanjungan masyarakat daripada dahulu sehingga ke hari ini. Tambahan pula, peluang gaji tinggi di atas pengobanan masa dan tenaga bagi menghabiskan pengajian perubatan yang cukup panjang dan lama.
Masakan tidak, andalah yang akan membantu orang ramai, cuba berusaha menyelamat nyawa orang lain? Menyembuhkan penyakit? Membantu merawat dan meningkatkan semula tahap kesihatan orang ramai? Maka tidak hairanlah dengan sumbangan yang diberikan oleh doktor, bidang ini berada di tangga ketiga teratas pekerjaan untuk senarai gaji paling tinggi di Malaysia.
Strategi Korporat : Purata Gaji Bulanan RM3,200
Sudah pastinya lebih tinggi tawaran gaji yang diberikan kepada anda, semakin tinggi cabaran kerja untuk anda dalam pada masa yang sama membawa keutnungan besar kepada syarikat dan majikan anda.
Jikalau anda seorang yang analitikal dan mampu membuat keputusan yang cukup strategik kepada syarikat, dan dalam pada masa yang sama anda berminat untuk masuk ke sektor korporat, Berita Semasa sarankan anda mencuba merebut jawatan seperti ini.
Strategi korporat membantu sesuatu pernigaan bukan sahaja daripada sudut merancang untuk berkembang maju di pasaran tetapi juga membuat perancangan jangka masa panjang bagi membantu perniagaan terus mampan untuk yang lama dengan pelbagai caran mendatang. Bidang ini juga membantu perniagaan yang anda uruskan melihat bagaimana semua aspek operasi melibatkan pekerja anda dan berkaitan antara satu sama lain sehingga dapat memberikan gambaran yang lebih besar dan lebih jelas melibatkan keseluruhan perjalanan syarikat.
Farmasi : Purata Gaji Bulanan RM3,640
Industri farmaseutikal di Malaysia semangnya berkembang pesat an tidak hairanlah bidang ini mendapat tempat yang teratas dalam senarai pekerjaan yang menerima gaji paling tinggi di Malaysia sekarang ini, setakat tahun 2016 untuk kalangan yang mula berkerja.
Jikalau anda seorang yang berminat dengan bidang sains kesihatan maka medan ini adalah sangat sesuai untuk anda ceburi.
Bidang farmasi adalah satu bidang yang memerlukan kalagan individu yang cukup teliti, mempunyai daya ingatan yang kuat, memberikan 100 peratus tumpuan dalam mengendalikan pengagihan ubat kepada pesakit. Termasuk mendapat tahu apa yang pesakit perlukan, pada kadar yang betul untuk kelompok goongan pesakit yang sesuai.
Bayaran Gaji Paling Tinggi dan Mahal di Malaysia?
Sekarang ini masalahnya berlaku lambakan penerima ijazah setiap tahun, ia diburukkan lagi taburan fresh graduate tidak seimbang dengan permintaan majikan terhadap pemohon kerja mengikut bidang-bidang tertentu.

Berdasarkan kajian Berita Semasa rata-rata fresh graduate di Malaysia menerima sekitar RM2,100, eksekutif junior dari serendah sehinggalah RM2,100 – RM3,900 sebulan. Berita Semasa telah senarai pekerjaan dengan gaji paling tinggi di Malaysia. Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan yang terbaik.
P/S : Bagi Berita Semasa sendiri, adalah penting untuk anda terutamanya kepada adik pelajar lepasan SPM supaya memilih kursus dan jurusan yang betul sesuai dengan pencapaian, asas kemahiran dan minat anda supaya selepas anda habis belajar sahaja peluang terbuka luas untuk mendapat pekerjaan.
PP/S : Jangan pertaruhkan masa, keringat anda dengan cakap-cakap orang di luar sana, asal ada segulung Ijazah, tidak kira kursus dan jurusan tidak laku sekalipun di pasaran pekerjaaan.