Bayaran BR1M 2017 Naik RM100 Lagi Dalam Pembentangan Bajet 2017? Respon?

Bayaran BR1M 2017 Naik RM100 Lagi Dalam Pembentangan Bajet 2017? Respon?

br1m 2017

Walaupun berdepan banyak kritikan dan kecaman yang mengatakan lebih baik sahaja bayaran BRIM ini dihentikan sahaja, hakikatnya pembayaran BR1M dijangka akan terus meningkat.

Berdasarkan dapatan daripada RHB Research, pembentangan Bajet 2017 Malaysia kali ini dijangka Datuk Seri Najib Razak akan umumkan kenaikan bayaran BRIM 2017 daripada hanya maksimum RM1000 akan naik kepada RM1,100.

Ini bermakna pada siri BR1M 2016 kerajaan telah berbelanja sejumlah RM5.89 bilion, RHB Reserach jangkakan yang aman peruntukan akan terus bertmbah kepada RM6.6 bilion untuk BR1M 2017.

Butiran dan pecahan boleh anda semak seperti di bawah ini :

Kenaikan Bayaran BR1M 2017, Berita Baik untuk anda?

Semestinya, apa yang naik pasti ada yang dipotong, dikurangkan ataupun ditangguhkan. Adakah anda bersetuju?

Perkara Kadar 2016 Kadar 2017
Isi rumah dengan pendapatan di bawah RM3000 RM1000 RM1100
Gaji dan pendapatan isi rumah RM3000-RM4000 RM800 900
Individu dengan pendapatan di bawah RM2000 RM400 RM500

 

Berdasarkan dapatan RHB Research juga apabila melihatkan pendapatan kerajaan Malaysia yang tidak menentu sekarang berdasarkan dek kerana :

  • ketidaktentuan harga minyak dunia
  • ketidakstabilan harga getah dunia
  • kemelesetan ekonomi dunia
  • nilai ringgit Malaysia yang sangat terdedah kepada harag minyak dunia yang tidak stabil serta berita pengumuman kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve

Oleh itu, RHB Research menjangkan pengumuman potongan cukai pendapatan dan cukai korporat akan ditangguhkan untuk siri pengumuman dan pembentangan Bajet 2017 Malaysia kali ini. Ermmmm…..

Sambung Baca Lagi Artikel Terbaik Yang Ini Pula. Ada Kaitan Dengan Yang Di Atas :

Bajet 2015 : Kenaikan Gaji Naik Tidak Cukup! Naik Elaun Kami & Bantu Nasib ... Bajet 2015 : Kenaikan Gaji Naik Tidak Cukup! Naik Elaun Kami dan Bantu Nasib 630,000 Kakitangan Awam di Malaysia Termasuk Guru, Jururawat, Polis & Tentera! Cuepacs Malaysia yang mewakili 1.5 juta...
{ 34 Komen Bernas di Berita Semasa… add one }
  • 1 Anonymous Oct 11, 2016, 12:29 pm

    Apakah masalah yg terlebih besar dari umat ini yg mengabaikan/tidak mengerjakan solah lima waktu sehari semalam? Nauzubillah.Siapa yg bertanggungjb dn disoal d akhirat nanti? individu ,ketua keluarga ,penguasa ugama atau kjaan?

  • 2 Anonymous Oct 11, 2016, 3:07 pm

    Brim ialah mekanisma yg dibuat kjaan hr ini utk menggantikan subsidi petrol,gula yg ditarik balik agar pemberiannya lebih menepati sasaran kumpulan sasar.Jika pembangkang memerintah adakah sabsidi akan diberi semula?

  • 3 Anonymous Oct 11, 2016, 3:11 pm

    Oklah tu ……

  • 4 Anonymous Oct 11, 2016, 3:13 pm

    Oklah tu ……krn brim kjaan akn disokong

  • 5 Anonymous Oct 11, 2016, 3:18 pm

    Saya cadang kjaan samarata pemberian khas kewangan dan satu kenaikan di bulan Julai lagi utk keseragaman kenaikan

  • 6 Anonymous Oct 11, 2016, 3:20 pm

    Ini membolehkan kemampuan kjaan diimbangi dgn menentukan kadar khs kewangan perlu diberikan ,mungkin 500 atau lbh lagi……

  • 7 Anonymous Oct 11, 2016, 3:22 pm

    Brim adalah menggantikan sabsidi selama ini ditarik balik ,Jika pembangkang menang mungkin brim pakatan lbh banyak lagi diberi…ha

  • 8 Anonymous Oct 11, 2016, 3:29 pm

    Brim blh mengelak bantuan langsung kpd warga asing

  • 9 Anonymous Oct 11, 2016, 3:31 pm

    Konsep Brim adalah menggantikan sabsidi

  • 10 Anonymous Oct 11, 2016, 3:32 pm

    Skrg ini konsep brim seolah menggantikan sabsidi yg ditarik balik.Betul ke?

  • 11 Anonymous Oct 11, 2016, 3:33 pm

    hu hu jual mahal pulak dia …..

  • 12 Anonymous Oct 11, 2016, 3:41 pm

    Lama dulu parti pembangkang pernah menjadikan pemberian tunai sbgi salah satu manifesto sbnyk rm 50-100 (agak skrg nilai lbh tinggi) klu dpt menang parlimen (masa tu putrajaya blum wujud)

  • 13 Anonymous Oct 11, 2016, 3:42 pm

    Skrg pemberian blh dilaksanakn krn sabsidi ditarik balik olh kjaan ttp malangnya hutang yg membumbung tinggi menimbulkan masalah…

  • 14 Anonymous Oct 11, 2016, 3:52 pm

    Putrajaya masa tu ialah kawasan kelapa sawit dan adalah salah pengeluar baka benih kelapa sawit bermutu …dikenali Ladang k.sawit Prang Besar ttp ditukar wajah olh mantan pm tun mahadir

  • 15 Anonymous Oct 11, 2016, 3:58 pm

    Tujuan pembukaan tempat ini(Putrajaya) utk mewujudkn pertumbuhan baharu di samping mengelak kuala lumpur yg dah semakin sesak dn jem.

  • 16 Anonymous Oct 11, 2016, 4:03 pm

    Kos pembinaannya (Putrajaya) masa tu sekitar rm 8 billion .Kemudian pembinaan KLIA sekitar rm 10 billion dn dirasmikn sendiri olh tun Mahathir selaku PM waktu tu….

  • 17 Anonymous Oct 11, 2016, 4:07 pm

    Kos pembinaan Putrajaya masa tu kurang lbh rm 10 bilion

  • 18 Anonymous Oct 11, 2016, 4:09 pm

    Begitulah info ringkas dr saya jika silap harap maaf jua…….

  • 19 Anonymous Oct 11, 2016, 6:49 pm

    Rasanya Prangbesar tu nama klon getah bukan kelapa sawit.

  • 20 Anonymous Oct 12, 2016, 8:29 am

    Sedikit masa dulu baka kelapa sawit yg baik dikenali dgn jenis tenera iaitu kacukan antara dura x pisifera dn hasil lbh kurang 18-20 tan sehektar btb/ffb.Sekarang ni bnyk jenis baka baik dihasilkan tutama olh porim spt cth :jenis ps 1 dn 2

  • 21 Anonymous Oct 12, 2016, 9:00 am

    Sebenarnya prang besar,sepang Selangor ini adalah merupakan sebuah estet mengambil nama sempena perang dunia pertama.Jadi mungkin ada nama klon getah ini ada yg mengambil sempena nama prang besar krn klon getah ini dihasilkn di sini.Estet ini menanam tanaman getah dn k.sawit dn mempunyai nurseri menghasilkn baka/anak pokok sendiri

  • 22 Anonymous Oct 12, 2016, 9:07 am

    Estet ini dulunya anugerah kjaan British bekas2 tentera british yg berjasa smasa perang dunia dulu

  • 23 kamal Oct 13, 2016, 11:05 am

    Yahoooo. naik lagi, sapa kata kerajaan tak de duit, fitnah semuannya. Terima kasih P.M.

  • 24 Anonymous Oct 14, 2016, 4:40 pm

    Bagus BR1M ni, tetapi sebaiknya bukan diberi begitu sahaja. Sebaiknya diberi dalam bentuk saham / simpanan / alat yang boleh menjana pendapatan berpanjangan. Jadi BR1M disimpan sebagai pokok simpanan dan jika ingin guna, gunakan hasil keuntungan saham / simpanan. Rakyat terbela, dan dididik untuk hemah berbelanja dan kerajaan nampak lebih berwibawa

  • 25 didydayang Oct 15, 2016, 6:16 pm

    Sekiranya pembangkang memerintah banyak yang d bantu oleh pembangkang

  • 26 Najibtak suka brim Oct 17, 2016, 11:24 pm

    Haha brim naik, konon ekonomi negara tidak menghadapi masalahlh? Tapi sering didengar peruntukan jabatan kerajaan semakin kurang. Tapi hakikatnya cuba mengaburi rakyat yg tidak berkemampuan dgn brim. Dah berapa tahun najib beri brim, katanya telah banyak mengubah ekonomi rakyat, tapi hakikatnya muka yang sama juga dpt brim. Adakah jumlah penerima brim seluruh negara berkurang? Klu jumlah tak berkurang maknanya brim tu hanya habuan kelansungan politik pihak berkepentingan. Kalau dilihat pekerja sektor awam yg melaksanakan agenda kerajaan hnya dpt bonus rm500. Tapi segelintir(bukan semua)yg sihat dan
    Malas dapat brim rm1000. Sebaiknya kerajaan cipta peluang pekerjaan dan jadikan mereka usahawan supaya rakyat dpt memajukan diri mereka, sebab sebelum memajukan negara, rakyat perlu dulu maju. Bantuan boleh beri tapi bukan sepert brim.
    Cthlh, apabila kerajaan memberikan tender, kita akan lihat projek dibangunkan dan kerajaan membayar kepada pemaju, dan setiap sen dibelanja melibatkan untung rugi dana yg dilaburkan. Tapi kenapa brim kerajaan beri mcm tu dan tak peduli pun duit tu nak buat apa, dan apa pelaburannya, tp kalau org tua dan uzur tu tak kisahlh.
    Sebab tu kerajaan bukan beri brim untuk yg sihat, tapi beri mereka bantuan untuk mereka mencipta pendapatan sendiri dan mampu mencipta peluang pekerjaan untuk org lain.

  • 27 moktar Oct 19, 2016, 10:51 am

    bagus

  • 28 rakyat marhaen Oct 19, 2016, 11:05 am

    Hapuskan BRIm utk 2017. Susbsidi pun byk dah ditarik balik.

  • 29 Anonymous Oct 23, 2016, 1:37 pm

    Nak br1m apply…… x suka jgn apply… kepoh laa lu.. der… ckp banyak sat g aku hantar MAT CANGKUL

  • 30 Mohd.Alit Nov 30, 2016, 11:55 pm

    Hapuskan GST dan 1MDB untuk selama-lamanya.Barulah Ekonomi negara dan harga barang akan kembali pulih seperti biasa.

  • 31 Mohd.Alit Dec 8, 2016, 2:17 pm

    Kumpullah wang setinggi gunung. Sebenarnya tak menjadi satu kesalahan,Kalau ingin menjadi jutawan.Yang penting segala kekayaan yang dah kita miliki itu. Adalah hasil daripada tenaga,titik peluh dan usaha kita sendiri.Kalau dah kaya-raya itu. Janganlah lupa untuk membayar zakat, Serta sikap suka bersedekah.Akhir sekali. Saya ingin menyampaikan pesanan kepada umat islam: JANGAN MEMBAWA RASUAH KE MEKAH.

  • 32 Mohd.Alit Dec 8, 2016, 2:38 pm

    Janganlah kita(umat islam) ini terlampau seronok.Hanya di sebabkan oleh sesuatu janji yang belum pasti ianya akan di tunaikan.Jangan kita hanya berfikir pasal nasib pada hari ini saja.Tetapi kita harus juga berfikir,Apakah nasib kita pada esok,lusa dan seterusnya.

  • 33 Mohd.Alit Dec 8, 2016, 2:56 pm

    Janganlah kita hanya berfikir pasal hal duniawi saja.Tetapi kita harus juga berfikir pasal hal syurgawi.

  • 34 Mohd.Alit Dec 8, 2016, 3:02 pm

    Hentikanlah semua perkara yang bercanggah dengan undang-undang islam. Seperti: Rasuah,pecah amanah,amalan ilmu hitam dan sebagainya.

Tinggal Komen Bernas Bagi Topik Ini