Isu Bauksit Kuantan Boleh Diselesaikan Dengan Cepat. Syaratnya, Berlakunya Pilihanraya di Kuantan Pahang.
Orang ramai tidak marah anda mahu keuntungan berjuta.

Orang ramai tidak marah jikalau anda mahu buat apa sahaja di kawasan tanah milik anda, anda mahu jual, anda mahu sewakan, anda jalankan ternakan, tanaman, korek tanah dan sebagainya.
Yang orang marah dan kritik apabila anda mengganggu kehidupan dan ketenteraman orang lain sehingga kawasan persekitaran mereka turut terjejas.
Dan Berita Semasa merasakan masalah ini boleh diselesaikan dengan cepat sebenarnya ataupun masalah ini tidak berlanjutan sehingga ke hari ini, dengan syarat. Ya…ada syarat. Ada pilihanraya kecil di kawasan yang melibatkan aktiviti perlombongan bauksit.
Macam-macam pakar yang keluar berkongsi kenyataan dan pandangan mereka melihatkan isu bauksit kuantan. Pencemaran bauksit Kuantan pastinya memberikan kegusaran kepada penduduk di kawasan sekitar.
Isu Bauksit Kuantan : Kenyataan Pakar Mengenai Perlombongan Bauksit
- Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Geoteknik Universiti Malaysia Pahang, Dr Muzamir Hasan mengatakan kawasan sekitar perlombongan bakal menyebabkan gelongsoran lumpur dan tanah
- Felo Penyelidik Kualiti Udara Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Dr Azman Azid mengatakan pencemaran udara di sekitar di tahap membimbangkan
Yang taikun bauksit tersenyum lebar dengan limpahan kekayaan di hadapan mereka untuk diteroka. Penduduk sekitar terus mengadu pencemaran bauksit di Kuantan sekarang ini
Berita Semasa pelik isu Bauksit Kuantan sudah berlarutan terlalu lama. Rakyat Kuantan seperti tidak diendahkan, satu demi satu aduan dan kritikan yang dilemparkan terhadap kalangan terlibat secara langsung atau tidak langsung projek perlobongan bauksit di Kuantan Pahang ini
P/S : Adakah rakyat dan penduduk Kuantan pahang hanya akan dibelai dan diberikan perhatian serius serta diangkat menjadi raja tatkala berlakunya Pilihanraya di Kuantan Pahang?