Barisan Nasional Sudah Bersedia Pilihanraya Umum (PRU Ke 14). Najib Sedang Pilih Tarikh Paling Sesuai?
Jangkaan pemerhati politik dan laporan berita sebelum ini mengatakan tarikh keputusan Pilihanraya Umumbakal diadakan sekitar bulan November 2017.
Isu itu berlarutan 6 bulan lamanya dan menyebabkan “pukulan gendang” untuk melangsungkan Pilihanraya Umum pada tempoh tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu dan dilihat “tidak selamat” untuk diadakan ketika itu.
Akhirnya, PRU ke 14 terpaksa ditangguhkan dan selepas itu pemerhati politik menjangkakan kerajaan di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak bakal mengadakan Pilihanraya Umum (PRU ke 14) dan dirasakan bulan November 20117 merupakan tempoh terbaik untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke 14.
Walaubagaimanapun pada masa itu situasi juga dilihat tidak mengizinkan apabila “meletup” pula isu ketidakpuashatian di kalangan kakitangan awam mengenai pelaksanaan skim gaji dan elaun yang dikatakan ramai sebagai agak berat sebelah.
Suka atau tidak, pilihanraya umum (PRU ke 14) kali ini bakal menjadi gelanggang penentuan antara parti politik yang bertanding bagi memenangi undi daripada golongan muda.
- Pengundi muda merangkumi 38.8 peratus atau 4.5 juta daripada lebih 12 juta pengundi di negara ini
- Jikalau pengundi dewasa lebih dilihat terikat dengan sentimen mengenang jasa dan kepartian, tetapi berbeza pula dilihat kepada sentimen dan pemikiran golongan muda yang dilihat agak berbeza di mana orang muda lebih gemar diberikan kebebasan untuk menentukan sokongan mereka dan memilih parti apa sekalipun asalkan mampu memberikan “pulangan” dan “sinar” kepada mereka untuk tempoh 5 tahun yang akan datang
- Manakala sokongan pengundi dewasa lebih untuk jangka masa lama, pengundi muda sokongan mereka lebih bersifat jangka pendek di mana mereka menilai dasar parti, sikap pemimpin dan isu semasa.
- Paling utama apa yang kami perhatikan golongan muda lebih gemar untuk memberikan sokongan berdasarkan kredibiliti calon, mereka sandarkan harapan kepada calon yang boleh beri inspirasi dan menjamin masa depan. Mereka tidak meletakkan sokongan berdasarkan politik kepartian. Sekadar pandangan daripada kami.
Barisan Nasional Menjelang Pilihanraya Umum Semakin Yakin?
Dan kerajaan yang sekarang diwakili parti Barisan Nasional dilihat agak yakin dengan sokongan yang diterima mereka termasuklah daripada dikalangan golongan anak muda.
Ditambah dengan begitu ramai pemimpin atasan daripada kalangan parti komponen parti Barisan Nasional yang dilihat seringkali turun pandang berjumpa dengan rakyat. Hari demi hari, kelibat pemimpin kerajaan diberikan liputan meluas di media arus perdana samada media elektronik mahupun media cetak.
Jika kalangan di sini sudah biasa dengan corak politik di Malaysia, persoalan membabitkan bilakah tarikh Pilihanraya Umum ke 14 tidak sukar untuk dijawab. Cuma bilakah tarikh yang sebenar-benarnya hanya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang mengetahuinya…
Baru-baru ini pun mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir keempat telah melontarkan nasihat dan pandangan supaya Pilihanraya Umum diadakan secepat mungkin.
Beliau beranggapan ketika ini merupakan tempoh yang sesuai untuk pihak kerajaan (Barisan Nasional) walaupun sebelum ini beliau pernah mengatakan sebelum ini Barisan Nasional tidak perlu terdesak mengadakan Pilihanraya Umum terlalu cepat.
Sifirnya mudah, tarikh pilihanraya Umum (PRU ke 14) di Malaysia dapat dijangka dengan mudah :
“Apabila Barisan Nasional dilihat lebih bersedia, pilihanraya umum semakin hampir. Begitulah sebaliknya…”
P/S : Jika Barisan Nasional dilihat sudah bersedia untuk memenangi hati rakyat dan berkeyakinan untuk mengekalkan pemerintahan mereka dalam tempoh 5 tahun seterusnya, bagaimana pula dengan persediaan pihak Pakatan Harapan bagi menghadapi pertarungan yang paling sengit dalam sejarah politik Malaysia?