Bajet 2017 Cukai Eksais Kereta Pertama Dapat Pengecualian RM2,000?
Pembentangan Bajet 2017 Malaysia akan diumumkan pada 21 Oktober 2016.
Macam-macam cadangan yang dihantar oleh rakyat Malaysia yang sememangnya sedang mencari-cari tempat berpaut melihatkan ketidaktentuan ekonomi Malaysia hari ini sepertimana yang diminta oleh Datuk Seri Najib Razak untuk pertimbangkannya pada pembentangan Bajet kelak.
Sama-sama dipertimbangkan dan diterima sama-sama kita nantikan pada hari tersebut.
Walaubagaimanapun, Berita Semasa difahamkan yang mana kerajaan Malaysia mungkin akan memberikan tawaran kepada golongan muda pada pengumuman Bajet 2017 kelak yang mana cukai eksasi kereta pertama yang anak muda beli selepas ini akan mendapat pengecualian cukai eksais.
Butiran Awal Skim Pemgecualian Cukai Eksais Kereta Pertama Pada Bajet 2017
Untuk maklumat berita setakat ini bagi pengecualian cukai eksais kereta pertama sempena Bajet 2017 Malaysia kelak :
- Khas untuk pembelian kereta pertama sahaja
- Melibatkan CC kereta kecil sahaja
- Membabitkan kereta-kereta nasional dan kereta import CKD sahaja bukannya CBU
kadar pengecualian yang diberikan difahamkan sekitar RM2,000
Bersama-sama ini juga Berita Semasa kongsikan perbandingan skim kereta pertama di Thailand yang pernah diumumkan sebelum ini melalui 2 perkongsian gambar seperti di bawah :