≡ Menu

Bajet Bonus : Kerajaan Tanggung beban Operasi RM63.6 Bilion


Bajet Bonus Untuk Kakitangan Awam Malaysia. Layakkah Terima Bayaran Bonus? Kerajaan Tanggung Beban Operasi RM63.6 Bilion!

Seperti kelaziman tahun-tahun sebelum untuk setiap siri pembentangan Bajet Malaysia.

Bajet Bonus

Dan pemberian dan bayaran Bajet bonus penjawat awam bakal dinanti-nantikan dengan penuh harapan apatah lagi setelah menerima berita “kejutan” dengan pengumuman berita kenaikan harga minyak terkini di Malaysia naik 20 sen bersama-sama dengan diesel juga 20 sen.

Pastinya besarlah harapan 1.6 juta kakitangan awam terutamanya bagi pembentangan Bajet Malaysia kali ini agar pemberian dan pembayaran Bajet bonus penjawat awam berpadanan dan setimpal dengan tanggungan dan bebanan kos sara hidup selepas gelombang kenaikan harga minyak 20 sen baru-baru ini. (Sumber : mypt3)

Berbanding tahun-tahun Budget Malaysia sebelum ini, sudah mula kedengaran cakap-cakap yang melahirkan kebimbangan menjelang pembentangan Bajet Malaysia kali ini melibatkan trend perbelanjaan operasi kerajaan terhadap kakitangan awam yang dikatakan melibatkan jumlah kos perbelanjaan yang sangat tinggi dan ditambah memburukkan lagi keadaan apabila ia jauh melebihi perbelanjaan terhadap pembangunan negara.

Terbaru, seorang pakar ekonomi dari Universiti Malaya (UM), Dr Lee Hwok Aun memberikan peringatan kepada kerajaan Malaysia supaya melihat semula struktur perbelanjaan dana negara dan wang rakyat Malaysia secara keseluruhannya apabila semakan Dr Lee Hwok Aun melihatkan trend perbelanjaan kerajaan Malaysia terhadap perkhidmatan awam di Malaysia semakin meningkat apabila dibandingkan pula dengan perbelanjaan pembangunan negara untuk beberapa tahun terakhir ini semakin menurun :

Bajet Bonus. Fakta dan Statistik Bajet Malaysia (Pembangunan VS Sektor Awam)

  1. Berdasarkan bajet pembangunan antara tahun 1998 hinggalah ke tahun 2001, kerajaan Malaysia telah membelanjakan sekitar 33 peratus untuk pembangunan di Malaysia
  2. Angka perbelanjaan pembangunan terus menurun kepada 26 peratus (2002-2008), 23 peratus (2009-2011).
  3. Walaubagaimanapun, hari ini kerajaan Malaysia telah berbelanja hanya serendah 20 peratus untuk pembangunan negara bagi tempoh antara tahun 2012-2014. Melihatkan semakin kurang perbelanjaan awam melibatkan infrastruktur awam yang baru di Malaysia.

Tetapi apabila Dr Lee Hwok Aun bandingkan pula perbelanjaan kerajaan Malaysia melalui semakan dokumen daripada Kementerian Kewangan Malaysia terhadap kakitangan awam di Malaysia menunjukkan sudah mula menyamai dan mula melepasi jumlah perbelanjaan pembangunan di Malaysia.

  1. Sejumlah RM52 bilion telah dibelanjakan untuk upah dan gaji penjawat awam di Malaysia atau “emolumen”. Sedangkan RM51.2 bilion dibelanjakan untuk pembangunan negara
  2. Emolumen terdiri 22 peratus daripada intipati Bajet 2012 Malaysia
  3. Manakala Emolumen berdasarkan intipati Bajet 2013 pula terus melonjak kepada RM58.6 bilion bersamaan 23 peratus Bajet 2013 Malaysia berbanding bajet untuk pembangunan sudah mula dikurangkan kepada RM49.7 bilion
  4. Pada Bajet 2014 Malaysia pula, emolumen melonjak kepada RM63.6 bilion bersamaan 24 peratus Bajet Malaysia dan angka untuk pembangunan terus merosot kepada hanya RM46.5 bilion
  5. Ini semua disebabkan berlakunya pertambahan jumlah penjawat awam di Malaysia

Dan berdasarkan bancian Dr Lee, beliau mendapati antara tahun 2004 sehingga 2014, Dr Lee mengangarkan secara purata kadar gaji kakitangan awam di Malaysia telah meningkat sebanyak 3.31 peratus setiap tahun. Manakala kadar gaji kakitangan swasta di Malaysia adalah sekitar 3.05 peratus setahun.

Bagi pendapat Berita Semasa, pembentangan Bajet bonus untuk kakitangan awam patut sahaja diberikan, bukan sahaja untuk belanjawan kali ini tetapi juga pembentangan bajet untuk tahun-tahun mendatang.

Bezanya di sini, bajet bonus hanya diberikan kepada kakitangan awam yang benar-benar layak.

Layak terima bajet bonus daripada segi kualiti kerja, yang mana segelitir penjawat awam yang berkerja sambil lewa tidak mencapai KPI yang ditetapkan dan masih berasa berada di zon yang selesa sehingga memberikan tahap mutu perkhidmatan yang mengecewakan untuk disingkirkan daripada sektor awam sekaligus peluang kepada lepasan graduan universiti yang terus dahagakan peluang kerja dan mempunyai iltizam yang tinggi iaitu seramai 216,048 (56 peratus) Graduan Universiti untuk menyertai keluarga besar kakitangan awam di Malaysia.

Apa pula pendapat anda?