Bagaimana Cara Akses dan Guna Portal Assist Perkeso
Untuk makluman anda semua, sekarang ini tiada lagi penggunaan borang 8a perkeso secara bulanan kepada semua majikan di Malaysia.

Ini kerana Perkeso telah menyediakan sistem online yang dikenali dengan portal assist perkeso atau juga dikenali dengan Automated SOCSO Integrated System.
Ini bermakna segala urusan berkaitan dengan pendaftaran pekerja yang baharu, kemaskini rekod pembayaran bulanan caruman akan menjadi lebih mudah.
Info Pekeliling Majikan Bil 2 Tahun 2017 (Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969)
Majikan dibolehkan untuk mengemukakan jadual caruman dan pada masa yang sama membayar caruman secara talian ataupun online mulai 1 Januari 2018 menerusi portal ASSIST PERKESO, yang merupakan medium caruman baru yang diperkenalkan oleh PERKESO.
Sebelum Portal ASSIST PERKESO mula diperkenalkan, majikan membuat jadual dan bayaran caruman dalam pelbagai cara seperti menggunakan dokumen fizikal, iaitu borang 8A atau borang 8B, cakera padat, disket, pita, selain melalui Portal iPerkeso atau perbankan internet.
Cara Pendaftaran dan Login Portal Assist Perkeso
Sebelum boleh menggunakan Portal ASSIST BERHAD, majikan hendaklah mendaftar bagi mendapatkan ID terlebih dahulu.
ID boleh didaftar di mana-mana pejabat PERKESO atau menghantar melalui emel ke alamat idportal@perkeso.gov.my atau boleh faks atau pos ke pejabat PERKESO. Menerusi laman sesawang PERKESO di www.perkeso.gov.my, majikan boleh memuat turun borang permohonan yang disediakan.
[table sort=”desc,asc”]
Perkara,Butirannya
Borang permohonan secara online,KLIK SINI
[/table]
Dengan ID tersebut, bagi melengkapkan jadual caruman menggunakan format yang disediakan, majikan hendaklah log masuk (login) ke Portal ASSIST PERKESO.
Ini bagi membolehkan Pengesahan Terimaan Caruman (ACR) dijana untuk dijadikan sebagai rujukan semasa membuat bayaran caruman sama ada melalui bank pemungut, portal atau pejabat PERKESO.
Tanpa ACR, bayaran caruman tidak boleh dibuat oleh majikan kerana ianya merupakan penghubung antara maklumat jadual caruman dengan bayaran caruman.
- Mulai bulan Januari 2018, pengemukaan jadual caruman menerusi Portal ASSIST PERKESO dan bayaran caruman menggunakan caruman adalah dikuatkuasakan.
- Oleh itu, jadual caruman secara fizikal di bank pemungut ataupun pejabat PERKESO adalah tidak dibenarkan lagi bagi majikan.
Ada Sebarang Pertanyaan
Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh hadir ke pejabat PERKESO yang berdekatan atau kemukakan pada Pusat Khidmat Pelanggan PERKESO di talian 1300 22 8000.