≡ Menu

Aduan : Kakitangan Awam Curi Tulang dan Shopping Waktu Bekerja?

Aduan : Kakitangan Awam Curi Tulang dan Shopping Waktu Bekerja?

Berdasarkan aduan orang ramai dan juga mahu melihat sendiri “gelagat dan karenah memulau” kakitangan awam di bawahnya, Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi yang merupakan SUK Selangor bertindak bersama-sama dengan Unit Integriti SUK Selangor melakukan secara mengejut “spot check” di sekitar bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Hasilnya…….

Unit Integriti SUK Selangor telah ditubuhkan dengan harapan dapat menangani gejala “curi tulang dan memulau” pada waktu bekerja dikalangan kakitangan awam di Selangor.

Hasil daripada operasi baru-baru ini :

Hasil “Spot Check” Kakitangan Awam Curi Tulang di Selangor?

  1. ‘menangkap’ 4 orang pegawai audit 5S yang sedang bersahaja bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak di luar waktu rehat.
  2. Ada juga yang tergamak keluar membeli belah di gerai-gerai kecil di bangunan terbabit
  3. Ada juga yang kelihatan sakan shopping di pasaraya. Ermmm…

P/S : Mungkin selepas ini, Putrajaya boleh mengikut jejak langkah SUK Selangor ini di sekitar Alamanda dan tidak lupa juga pusat membeli belah yang terbaru, IOI City Mall.

PP/S : Tangkap pekerja makan di luar waktu rehat. Mungkin selepas boleh tangkap bos-bos besar kerajaan yang makan rasuah pula. Insyaallah.

PPP/S : Anda boleh semak dan check sendiri gelagat penjawat awam seperti gambar-gambar yang sempat dirakam di bawah ini….