ADAM50 Dapatkan RM200 Duit Amanah Anak Malaysia 2050
Sekarang ini tahun 2020 bukan lagi tahun keramat buat Malaysia. Datuk Seri Najib Razak nampaknya lebih mengutamakan tahun 2050.

Satu demi satu insentif dan hadiah dari kerajaan malaysia untuk rakyat Malaysia disertakan bersama nombor 50.
Jikalau sebelum ini ada Transformasi Nasional 2050 TN50, sekarang ini ada pula ADAM50. Apa itu?
Ia merupakan duit tabungan atau skim simpanan masa depan yang diberikan atas nama sebagai Amanah Anak Malaysia 2050 oleh kerajaan membabitkan anak kecil Malaysia atau bayi lahir dari Januari 2018 sehinggalah ke tahun 2022.
Pastinya dengan duit dan wang yang diberikan bertujuan dapatkan memberikan pelaburan awal kepada setiap anak kecil yang lahir di sepanjang tempoh yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.
Cara Dapat Duit Duit Amanah Anak Malaysia 2050 ADAM50
Persoalannya sekarang ini, bagaimana cara untuk mendapatkan duit pelaburan ADAM50 tersebut?
- Berita Semasa difahamkan yang mana duit RM200 akan ditukarkan kepada dalam bentuk unit amanah saham di PNB secara percuma melalui Amanah Saham Bumiputera ASB untuk bumiputera manakala untuk bukan bumiputera akan disalurkan ke dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) bersamaan dengan 200 unit amanah
- Pendaftaran perlu dilakukan oleh pihak ibu bapa terlebih dahulu
- Jikalau anak anda lahir lagi buat kali kedua pada 2 Mac 2019, anak anda dapat RM200 begitulah seterusnya
- Walaubagaimanapun unit amanah saham ADAM50 hanya boleh ditebus pada umur 18 tahun
- Jikalau duit tersebut tidak disentuh ataupun dikeluarkan, nilai tersebut akan bertambah dari tahun ke tahun. Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan beban untuk tujuan pendidikan apabila mereka menginjak ke usia 18 tahun kelak
Langkah ADAM50 adalah bertujuan untuk menggalakkan kelahiran sekaligus menambah jumlah penduduk di Malaysia pada masa akan datang dan tidak dilupakan juga akan menggalakan pelaburan di peringkat awal lagi.
Ada anak-anak yang dijangka bakal melahirkan anak masing bermula 1 Januari 2018 ini?
P/S : Sekadar makluman, di Selangor juga ada satu skim yang lebih kurang seperti ini dinamakan skim TAWAS bernilai RM1500 dengan syarat umur tidak lebih dari 3 tahun untuk tujuan pendaftaran